178) KEBENARAN MERANCANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek pembinaan di Selangor tanpa kebenaran merancang pada 2017.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas projek pembinaan tanpa kebenaran merancang?
178) INDUSTRI AIR BELUM DISTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Apakah faktor-faktor menyebabkan syarikat konsesi masih belum bersetuju dengan penstrukturan industri air?
-
Apakah jalan tengah yang boleh diambil kerajaan negeri agar situasi adalah menang-menang?
178) GANJARAN RM 5000 UNTUK BANTERAS KEGIATAN CURI PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan utama dan bilakah ganjaran RM 5000 untuk Pengerusi dan Ahli JKKK ini akan diimplementasikan?
-
Sila perjelaskan apakah melalui kaedah memberi ganjaran RM 5000 kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli JKKK yang melaporkan kegiatan mencuri pasir dapat membendung kegiatan tersebut?
-
Sila nyatakan selain memberi ganjaran, apakah langkah-langkah komprehensif yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menangani masalah kegiatan curi pasir kian berleluasa?
178) MENANGANI KENAIKAN KOS SARA HIDUP
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif baharu Kerajaan Negeri bagi membantu rakyat Selangor menghadapi isu kenaikan kos sara hidup?
-
Apakah usahasama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi menangani masalah tersebut?
178) INISIATIF KISS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Pusat Khidmat Masyarakat DUN masih dibanjiri oleh pemohon2 setiap hari. Bolehkah PKM DUN terima pemohonan KISS sehingga kini?
-
Adakah hadnya peruntukan (budget) KISS untuk negeri Selangor bagi tahun 2018?
178) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Berapa jumlah ibu tunggal yang berjaya dibantu dengan pendekatan memberi peluang pekerjaan atau perniagaan untuk menyara kehidupan mereka?
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap bantuan yang disalurkan sampai kepada ibu tunggal?
-
Bagaimana cara Kerajaan Negeri mengenal pasti status ibu tunggal jika ada yang tidak mendaftar atau melaporkan status semasa mereka?
178) TARGET KERAJAAN DALAM BIDANG SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan hanya menumpu daripada segi peruntukan kewangan dan perhatian kepada sukan sedia ada atau ada yang lain?
-
Bagaimana perancangan kerajaan tentang sukan bertujuan untuk mengurangkan risiko penyakit kronik di kalangan rakyat?
178) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keseluruhan peserta HIJRAH?
-
Berapakah jumlah tunggakan bagi seluruh Negeri Selangor?
-
Apakah kaedah pengutipan tunggakan ini?
178) MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?
178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.
-
Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?
