178) PASAR AWAM JALAN OTHMAN PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status cadangan pembinaan semula pasar awam Jalan Othman Petaling Jaya?
-
Senaraikan kronologi mesyuarat dan lawatan tapak untuk cadangan ini
178) PELABURAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018-2019?
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan.
178) MASALAH BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Musim tengkujuh biasanya akan berlaku pada bulan November hingga Januari pada setiap tahun. Hujan yang lebat dan berpanjangan akan menyebabkan banjir berlaku. Apakah perancangan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah tersebut di kawasan Batang Kali yang selalu mengalami banjir tersebut ?
-
Adakah kerajaan negeri telah mengenal pasti punca masalah banjir tersebut berhubung kait dengan masalah saliran khususnya Sungai Batang Kali ?
-
Berapa jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan negeri menyelenggarakan saliran dan sungai di DUN Batang Kali ?
178) PEMBINAAN RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini Rumah Selangorku yang telah siap, telah dilancarkan dan masih dalam pembinaan mengikut daerah.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan Rumah Selangorku siap mengikut jadual yang telah ditetapkan?
178) ASPEK KESELAMATAN DALAM MENJAGA HARTA KERAJAAN Ð SAR/SRA SELURUH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak kes SAR/SRA telah dipecah masuk mengakibatkan banyak kehilangan harta benda kerajaan. Apakah peranan kerajaan untuk menangani aspek keselamatan untuk mengekang kehilangan harta kerajaan di SAR/SRA.
-
Berapakah sekolah SAR/SRA yang mempunyai pengawal keselamatan sepenuh masa 24 jam?
178) KAJIAN KOMPREHENSIF PEMBANGUNAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status kajian komprehensif pembangunan sungai Klang yang telah diumumkan dalam buku bajet 2016?
178) PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah usahawan yang telah dibantu sejak ianya ditubuhkan?
-
Apakah kejayaan yang telah dikecapi sejak penubuhannya dan berapakah jumlah usahawan yang berjaya melalui program ini?
-
Apakah program pembangunan usahawan yang ditawarkan kepada golongan muda dan wanita?
178) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat perancangan menyediakan Rumah Selangorku di Daerah Sabak Bernam memandangkan tiada rekod perancangan sebelum ini?
-
Berapakah jumlah rakyat yang telah menduduki Rumah Selangorku?
178) KEBENARAN MERANCANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah projek pembinaan di Selangor tanpa kebenaran merancang pada 2017.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas projek pembinaan tanpa kebenaran merancang?
178) PENGHIJAUAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor dalam mempromosikan penghijauan alam sekitar?
-
Berapakah bilangan pokok yang telah ditanam bagi tujuan penghijauan alam sekitar di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat?
-
Apakah langkah-langkah kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan kesedaran rakyat Selangor dalam memelihara alam sekitar agar penghijauan alam sekitar menjadi amalan hidup rakyat?
