178) JABATAN YANG MENERIMA PERTANYAAN JAWAB MULUT PALING BANYAK BAGI 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tiga jabatan yang paling banyak menerima pertanyaan jawab mulut sepanjang 2015.
-
Apakah tiga permasalahan paling utama yang dikemukakan di atas?
-
Mengapakah tiga permasalahan tersebut menjadi tumpuan pertanyaan bagi 2015?
178) TAMAN WARISAN, RANCANGAN BUKU HIJAU DAN TANAH RANCANGAN RANJAU & DEBOI
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah Taman Warisan, di manakah lokasi-lokasinya di negeri Selangor, di bawah agensi manakah pentadbirannya dan apakah nombornombor gazet sekiranya lokasi-lokasi tersebut telah digazet
-
Sila jelaskan status dan kedudukan Rancangan Buku Hijau di mana penduduk-penduduk Kampong Klang Gate Baru telah dibenarkan meneroka tanah kerajaan satu ekar seorang sejak tahun 1976.
-
Sila nyatakan status pertanian secara berkelompok di kawasan Ranjau dalam mukim Setapak dan Deboi dalam mukim Hulu Kelang dalam konteks pemberian geran kepada sebahagian peneroka dan juga dalam konteks penafian geran kepada sebahagian peneroka yang lain di atas alasan telah digazet sebagai Taman Warisan.
178) TABUNG PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Di ÔMerakyatkan Ekonomi SelangorÕ, ada dilancarkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang. Berapakah bajet yang diperuntukkan untuk tabung ini dan bagaimanakah status penggunaannya?
-
Apakah kesan segera dan jangka panjang hasil manfaat daripada tabung ini?
179) PANTAI MORIB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak 280 ribu yang dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kuala Langat untuk penambahan Landskap Pantai Morib. Adakah kerajaan sedar projek itu dari peruntukkan persekutuan dan memantaunya?
-
Apakah kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan adakah ianya mengikut nilai peruntukan tersebut?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengembalikan kebersihan, keceriaan, keselesaan gerai dan kemudahan awam di pantai tersebut yang kotor dan uzur?
179) KAWASAN RIZAB SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mewartakan sungai-sungai utama di Selangor?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang menduduki tanah rizab sungai?
-
Adakah kerajaan membenarkan struktur-struktur bangunan yang berkaitan pengusahaan ekopelancongan atau aktiviti ternakan perikanan dibina di kawasan rizab sungai?
179) EKO-PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan strategi kerajaan dalam pembangunan pelancongan berdasarkan alam sekitar, kebudayaan dan pertanian?
-
Senaraikan perbelanjaan mengikut perkara bagi sektor eko-pelancongan dalam tahun 2009.
-
Apakah rancangan dan peruntukan untuk pembangunan eko-pelancongan di Daerah Hulu Langat?
179) SEKOLAH MENENGAH AGAMA / MAAHAD TAHFIZ
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Setakat manakah perkembangan pembinaan sekolah tersebut khususnya di Ampang dan Pandan memandangkan tapaknya sudah tersedia ada dari tahun 2009 lagi-kelulusan didapati melalui STANCO Agama?
179) Kesihatan Mental
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menangani kesihatan mental pasca-Covid-19?
179) PROGRAM FOOD STAMP
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan pembekal-pembekal barangan dalam program food stamp dan jumlah peruntukkan yang dibayar kepada setiap pembekal.
-
Adakah pembekal dipilih melalui tender terbuka? Jika ya, senaraikan syarikat yang menyertai tender ini.
-
Berapakah kos seunit untuk setiap barangan asas yang dibeli?
179) ADUAN TERHADAP KONTRAKTOR SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan aduan terhadap kontraktor sampah setiap bulan mengikut PBT bermula bulan Januari tahun 2008 hingga bulan Mei 2013.
-
Senaraikan nama syarikat dan pemilik kontraktor-kontraktor yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka sejak kerja-kerja kutipan sampah domestik, pembersihan dan kutipan sampah pukal diambil alih oleh PBT.
