179) PENGURUSAN BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prosedur yang dilaksanakan sekiranya berlaku tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan?
-
Berapakah perbelanjaan kerajaan negeri bagi menguruskan bencana alam pada tahun 2014?
179) PENYEDIAAN TONG SAMPAH DI PREMIS PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang diambil ke atas premis perniagaan yang tidak menyediakan tong sampah?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan di kalangan pemilik premis perniagaan di Selangor?
179) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI) NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan Enakmen Kebebasan Maklumat, adakah masih terdapat jenis maklumat yang tidak boleh diakses oleh orang ramai? Berikan contoh
-
Sebagai wakil rakyat dipilih rakyat, adakah Ahli Dewan Negeri boleh mendapat akses kepada semua maklumat yang mereka perlukan di bawah Kerajaan Tempatan?
179) PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPPA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri Selangor terhadap TPPA?
-
Apakah kesan TPPA terhadap Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan membentangkan kandungan TPPA ini dalam Sidang Dewan Negeri Selangor untuk makluman umum?
179) PANTAI MORIB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kementerian Pelancongan Malaysia melalui Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri Persekutuan telah meluluskan peruntukkan sebanyak 280 ribu yang dilaksanakan melalui Majlis Daerah Kuala Langat untuk penambahan Landskap Pantai Morib. Adakah kerajaan sedar projek itu dari peruntukkan persekutuan dan memantaunya?
-
Apakah kerja-kerja yang telah dilaksanakan dan adakah ianya mengikut nilai peruntukan tersebut?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk mengembalikan kebersihan, keceriaan, keselesaan gerai dan kemudahan awam di pantai tersebut yang kotor dan uzur?
179) KAWASAN RIZAB SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mewartakan sungai-sungai utama di Selangor?
-
Apakah tindakan yang akan diambil terhadap pengusaha-pengusaha yang menduduki tanah rizab sungai?
-
Adakah kerajaan membenarkan struktur-struktur bangunan yang berkaitan pengusahaan ekopelancongan atau aktiviti ternakan perikanan dibina di kawasan rizab sungai?
179) SAMPAH TIDAK DIKUTIP DI DUN KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tindakan kerajaan negeri kepada kontraktor yang tidak mematuhi jadual pengutipan sampah?
-
Senaraikan kontraktor yang dilantik mengutip sampah di kawasan Kota Damansara?
-
Berapakah peruntukan bagi melaksanakan kutipan sampah di kawasan Kota Damansara?
179) MAAHAD TAHFIZ SWASTA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pusat dan maahad tahfiz swasta sama ada yang berdaftar atau tidak di Selangor mengikut daerah?
-
Adakah JAIS melakukan pemantauan ke atas kewujudan pusat atau maahad tahfiz yang mengeksploitasi pelajarnya untuk tujuan mengutip derma dan apa tindakan JAIS?
179) KAJIAN MENYELURUH PENGAWASAN CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Isu pengawasan cerun khususnya di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Dengkil kerap berlaku dewasa ini. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperhalusi SOP pengawasan cerun bagi kawasan yang berisiko tinggi serta apa penyelesaian Kerajaan Negeri bagi mencegah tanah runtuh dari terus menghantui penduduk yang terjejas?
179) PENGIMPORTAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kilang yang memproses sampah import yang berlesen di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah diambil terhadap kilang-kilang memproses sampah import secara haram?
-
Adakah Kerajaan Negeri melarang kilang memproses jenis-jenis sampah import yang tertentu?
