179) PERJANJIAN MOU AIR ANTARA KERAJAAN NEGERI DAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berhubung isu-isu tertangguh yang perlu diselesaikan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 60 hari setelah perjanjian MOU air ini dimuktamadkan?
-
Apakah jaminan kerajaan negeri bagi mempastikan perkara ini dapat diselesaikan tanpa ada sebarang masalah berbangkit dikemudian hari?
179) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan bagaimana Eco World Development boleh umumkan hasrat membeli tanah milik Menteri Besar Incorporated (MBI) seluas 2,198.4 ekar di Ijok yang masih dalam prosiding mahkamah pada harga bawah nilai pasaran dan sebarang penglibatan DEIG dalam rundingan tersebut.
179) PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BERJUMLAH RM413 JUTA KEPADA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pinjaman yang telah dibayar balik oleh KDEB kepada Kerajaan Negeri Selangor dengan kadar bunga sebanyak 4%?
-
Senaraikan jumlah pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut pecahan anak syarikat pada tahun 2008-2014.
179) KAJIAN MENYELURUH PENGAWASAN CERUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Isu pengawasan cerun khususnya di kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Dengkil kerap berlaku dewasa ini. Apakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperhalusi SOP pengawasan cerun bagi kawasan yang berisiko tinggi serta apa penyelesaian Kerajaan Negeri bagi mencegah tanah runtuh dari terus menghantui penduduk yang terjejas?
179) SUNTIKAN VAKSIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penolakan suntikan vaksin yang direkodkan di Selangor sehinggan Jun 2016
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memberi kesedaran berkenaan kepentingan suntikan vaksin kepada masyarakat?
179) PEJABAT PKNS DI PETALING JAYA DIJUAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Benarkan Ibu Pejabat PKNS di Petaling Jaya telah dijual?
-
Jika benar, apakah yang memerlukan bangunan PKNS di PJ dijual?
-
Siapakah pemilik syarikat baru yang membeli bangunan PKNS tersebut?
179) PENGIMPORTAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kilang yang memproses sampah import yang berlesen di Selangor mengikut PBT.
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri yang telah diambil terhadap kilang-kilang memproses sampah import secara haram?
-
Adakah Kerajaan Negeri melarang kilang memproses jenis-jenis sampah import yang tertentu?
179) MENGEMBALIKAN SEMULA KEGEMILANGAN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan terus membiayai FAS pada tahun 2017?
-
Apakah program jangka panjang Kerajaan untuk membangunkan Bola Sepak Selangor?
179) PENYEDIAAN TONG SAMPAH DI PREMIS PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang diambil ke atas premis perniagaan yang tidak menyediakan tong sampah?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kesedaran penjagaan kebersihan di kalangan pemilik premis perniagaan di Selangor?
179) PENGURUSAN BENCANA ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prosedur yang dilaksanakan sekiranya berlaku tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan?
-
Berapakah perbelanjaan kerajaan negeri bagi menguruskan bencana alam pada tahun 2014?
