180) SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Selangor mengikut daerah.
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan murid Islam bersekolah di SRA.
180) KUMPULAN WORLWIDE HOLDINGS BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan pengurusan, lembaga pengarah dan pemegang saham Kumpulan Worldwide serta anak-anak syarikatnya dibawah kepimpinan yang baharu?
-
Apakah sumbangan Worldwide dalam menyediakan perumahan untuk rakyat Selangor pada tahun 2014?
180) S.O.P PENGAMBILAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mewujudkan S.O.P pengambilan tanah, khususnya seperti yang didakwa pihak tertentu berikutan kes perobohan Kuarters Masjid Subang dan Kuarters Hospital Kajang baru-baru ini?
180) RAMPASAN TANAH OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah keluasan rampasan tanah oleh Kerajaan Negeri mengikut daerah dari tahun 2013-2015.
-
Apakah status tanah rampasan dan perancangan pada masa akan datang?
-
Nyatakan Standard Of Procedure (SOP) rampasan tanah?
180) TARIK BALIK CUKAI TAPAK PASAR MALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Pihak Kerajaan Negeri mengarah agar cukai tapak pasar malam ditarik balik. Apakah rasional cukai tapak ini ditarik balik?
-
Dengan penarikan balik, adakah kos penyelenggaraan dapat ditampung?
-
Pasar malam membawa implikasi kebersihan, adakah kerajaan menggalakkan pembukaan pasar malam yang baru atau sebaliknya?
180) WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini kes denggi di Selangor mengikut umur dan PBT?
-
Apakah faktor kegagalan kerajaan negeri mengekang wabak denggi?
180) PEMUTIHAN KILANG-KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status usaha membasmi kilang-kilang haram?
-
Nyatakan jumlah kilang haram mengikut PBT dan jenis kilang, tempoh telah wujud, jumlah yang sudah selesai .
180) PEMBELIAN SPLASH OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Isu pembelian SPLASH, sejauh manakah pembelian ini mampu menjamin bekalan air bersih kepada seluruh rakyat Selangor dan berapa lama masa diambil untuk proses tersebut?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mengekalkan Bantuan Air Percuma Di Bawah 20 MM Meter Per Padu selepas pembelian SPLASH ini yang dianggap mahal dari yang sepatutnya?
180) MEMPERKENALKAN BANK DATA PEMOHON IPR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan bank data bagi pemohon IPR melalui satu sistem digital atau portal bagi memudahkan perekodan permohonan dan pengurusan Kerajaan Negeri ?
180) PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar premium tanah yang sedia ada? Jika ya, nyatakan butir-butirnya?
-
Nyatakan premium tanah yang dikutip mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014.
