180) PEMBELIAN SPLASH OLEH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Isu pembelian SPLASH, sejauh manakah pembelian ini mampu menjamin bekalan air bersih kepada seluruh rakyat Selangor dan berapa lama masa diambil untuk proses tersebut?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha mengekalkan Bantuan Air Percuma Di Bawah 20 MM Meter Per Padu selepas pembelian SPLASH ini yang dianggap mahal dari yang sepatutnya?
180) AHLI MAJLIS PBT KUOTA NGO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Butirkan lantikan ahli majlis setiap PBT yang didalam quota NGO bagi penggal 2012-13 dan 2014-15.
-
Sila juga butirkan NGO yang diwakili, bersama dengan kedudukannya di dalam NGO tersebut.
180) MEMPERKENALKAN BANK DATA PEMOHON IPR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri dalam memperkenalkan bank data bagi pemohon IPR melalui satu sistem digital atau portal bagi memudahkan perekodan permohonan dan pengurusan Kerajaan Negeri ?
180) MEMBANTU RAKYAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Dalam kesungguhan Kerajaan membantu rakyat di Negeri Selangor untuk memiliki tapak kediaman( Tanah Lot) : Tidak kah premium (Notis 5A) yang dikeluarkan mengikut nilaian tanah harga semasa itu agak tinggi dan membebankan rakyat?
-
Masa pembayaran Notis 5A yang diberikan selama 3 bulan dan tambahan 1 bulan itu juga membebankan rakyat. Apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini dalam konteks membantu rakyat miskin di Negeri Selangor.
180) PROJEK PERUMAHAN ANAK SYARIKAT NEGERI SELAIN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek dan jumlah unit perumahan baru yang dibina oleh anak-anak syarikat negeri selain PKNS?
-
Berapakah unit perumahan yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana?
180) LALUAN ALTERNATIF KENDERAAN BERAT DI KAMPONG MATANG PAGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah terdapat cadangan berkenaan dengan projek tersebut?
-
Bilakah projek tersebut dijangka dilaksanakan?
180) PEMBINAAN MASJID DI TAMAN SUTERA
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Berapakah amaun yang boleh diberi oleh kerajaan bagi membantu pendirian/ pembinaan Masjid di Taman Sutera?
180) MISKIN BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sistem yang digunakan Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti jumlah pelajar bawah umur yang tercicir di bandar
-
Apakah pelan strategik untuk Kerajaan Negeri terhadap anak-anak dari keluarga miskin bandar agar mereka dapat keluar dari kategori ini?
180) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Janji Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah sampah belum dapat dikotakan. Apakah usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah ini?
180) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian PKNS sepanjang tahun 2008 hingga 2013?
-
Siapakah yang telah mendapat manfaat hasil program dan projek PKNS?
-
Apakah agenda PKNS bagi tahun mendatang?
