185) TAWAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan usaha kerajaan bagi menangani masalah tapak pelupusan sampah haram yang makin berleluasa
-
Nyatakan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terbabit dan pihak yang wajib bertindak.
185) PAPAN IKLAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah bilangan papan iklan yang sah dan tidak sah di setiap majlis tempatan
-
Sila nyatakan hasil yang diperolehi oleh setiap majlis tempatan dari pengeluaran lesen papan iklan
-
Apakah undang-undang mengenai pengeluaran lesen oleh setiap majlis tempatan (sama ada sedarjah atau tidak)? Sila nyatakan jumlah hasil pandangan industri papan iklan di Selangor
185) PUSAT KEBUDAYAAN MELAYU DAN INDIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terbaru pembinaan kedua-dua pusat kebudayaan ini memandangkan perbincangan telah bermula sejak lebih tiga tahun yang lalu tetapi ianya masih belum ada apa-apa perkembangan terbaru?
185) PUSAT WANITA BERDAYA (PWB) SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi tahunan bilangan program dan implikasi kewangan PWB Selangor sejak ia ditubuhkan (2014 - kini).
-
Adakah cadangan penambahan peruntukan program PWB untuk masa akan datang?
185) PENDIDIKAN STEM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah dan perancangan Kerajaan Negeri dalam menggalakkan Pendidikan STEM dalam kalangan murid di sekolah dan di luar sekolah?
-
Adakah terdapat bantuan atau insentif kepada pihak sekolah bagi tujuan ini?
185) RUMAH BINA NEGARA (RBN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan lokasi projek RBN yang telah dan sedang dibina dari 2014-2016.
-
Nyatakan jumlah rakyat Selangor yang menerima manfaat mengikut kaum
185) PERSATUAN BOLA SEPAK SELANGOR (FAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan kepada FAS dari 2014-2016
-
Senaraikan semua program pembangunan yang telah dilaksanakan pada tahun 2016 serta kosnya
185) PERUNTUKAN AHLI MMKN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan peruntukan yang digunakan oleh setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengikut portfolio masing-masing, bagi tahun 2010 sehingga kini termasuk YAB MB, YB SUK, YB PWN dan YB PUU.
185) KONSESI KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah pemantauan yang dibuat terhadap prestasi syarikat pemegang konsesi dengan Kerajaan Negeri.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula tempoh konsesi yang diberi dengan memendekkan tempoh konsesi tersebut agar ianya dapat dipantau dengan lebih berkesan dengan menetapkan KPI yang sewajarnya
-
Sila senaraikan syarikat-syarikat pemegang konsesi tersebut.
185) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah anak syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat milik Kerajaan Negeri Selangor.
-
Sejauh mana prestasi kewangan syarikat-syarikat tersebut dari tahun 2018 sehingga September 2019?
-
Apakah tanggungjawab sosial syarikat-syarikat terbabit dan nyatakan sumbangan tanggungjawab sosial syarikat tersebut bagi tahun 2018 - September 2019?
