184) PERHUTANAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan negeri Selangor daripada hasil hutan bagi tahun 2008 hingga 2014?
-
Nyatakan keluasan hutan simpanan kekal yang telah diwartakan setakat tahun 2014
-
Senaraikan pemegang permit penggunaan yang masih aktif serta aktiviti yang dijalankan setakat tahun 2014
185) KEPIMPINAN WANITA DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah (dan peratusan) wanita yang memegang jawatan ahli lembaga pengarah dan ketua pegawai eksekutif/operasi/kewangan (CEO/COO/CFO) di badan-badan berkanun serta anak-anak syarikat kerajaan Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah wanita yang memegang jawatan ketua jabatan atau setarafnya di agensi-agensi kerajaan Negeri Selangor?
185) LIPUTAN INTERNET
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah solusi pihak kerajaan untuk atasi capaian internet di kawasan perumahan baharu dan luar bandar?
-
Apakah perancangan kerajaan untuk pemasangan infrastruktur 5G di Negeri Selangor?
185) USAHASAMA PROGRAM MEMBANTU ASNAF KELUAR DARIPADA KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Sub-soalan telah di tolak
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan lagi usaha mengurangkan penggunaan plastik dan polistren selain kempen beg plastik dan meningkatkan kadar mengitar semula sampah?
185) PENGUKURAN SEMULA DAN PEWARTAAN SEMPADAN KAWASAN ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini kerja-kerja pengukuran dan pewartaan sempadan kawasan Kampung Orang Asli di Selangor.
-
Nyatakan langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi memastikan keluasan tanah Orang Asli yang diwartakan adalah cukup untuk menjana sumber ekonomi Orang Asli
185) PENEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah kerajaan bagi membantu mengatasi masalah pemilikan tanah dan rumah kediaman untuk pekerja-pekerja ladang?
-
Berapakah jumlah kawasan penempatan pekerja ladang di Selangor?
-
Adakah kerajaan menyediakan peruntukan kewangan yang wajar bagi menyelesaikan masalah kemudahan asas di penempatan pekerja-pekerja ladang?
185) KADAR TARIF AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menentang kenaikan kadar tarif air yang dikatakan tinggi dan membebankan rakyat. Adakah kerajaan negeri sedar bahawa kos tersebut berpatutan untuk mengelakkan kualiti bekalan air dan sedia termaktub dalam perjanjian?
-
Mengapakah kerajaan negeri tidak mengikut langkah kerajaan Pulau Pinang dan Kedah yang telah menaikkan kadar tarif?
185) TERMINAL BAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah pembinaan kedua-dua terminal Bas di Seksyen 17 dan 19 Shah Alam lewat melebihi 1 tahun dari tarikh yang di janjikan?
-
Apakah kontraktor yang dilantik dari kontraktor yang telah melalui proses tender dan di senarai pendekkan oleh MBSA? Siapakah yang membuat lantikan kontraktor ini?
-
Siapakah yang membuat lantikan kontraktor ini?
185) KEBAJIKAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai jumlah bajet untuk setiap Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah masing-masing.
-
Sila kemukakan senarai pemohon DUN Teratai yang berjaya diterima dan gagal ditolak untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh 2013 hingga masa kini.
185) PEMASANGAN BILLBOARD #BEBASANWAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos yang dibelanjakan untuk memasang Billboard Bebas Anwar di seluruh Negeri Selangor mengikut kawasan PBT?
-
Siapakah yang diberi kontrak mencetak serta memasang billboard berkenaan?
-
Mohon menyatakan daripada peruntukan agensi Kerajaan Negeri mana digunakan untuk pemasangan billboard tersebut?
