184) KELULUSAN HAKMILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah hakmilik tanah yang diluluskan sejak 2008 mengikut pecahan daerah?
-
Sila kemukakan statistik kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru dan Bagan sejak 2008?
-
Apakah kekangan yang dihadapi dalam usaha menyelesaikan permohonan hakmilik tanah yang tertangguh? b) Berdasarkan rekod, jumlah kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2008 hingga 2015 adalah sebanyak 685 hakmilik. Kelulusan tertinggi adalah di Daerah Gombak, iaitu sebanyak 417 hakmilik. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 371 hakmilik telah diluluskan kepada pemohon dari Kampung Baru Kundang pada tahun 2010. Statistik kelulusan hakmilik tanah yang dikeluarkan untuk Kampung Baru dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti berikut: Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH Sabak Bernam 11 4 5 2 2 1 1 4 30 Hulu Langat 6 4 10 12 5 3 - 5 45 Gombak - 1 399 6 1 - 2 8 417 Petaling - 110 1 7 12 5 7 1 143 Klang - - - - - - - - - Kuala Langat - - 15 11 - - - - 26 Sepang - - - 1 - - - - 1 Kuala Selangor 1 - 13 2 1 - - 15 32 Hulu Selangor - - - 1 - - - - 1 JUMLAH KESELURUHAN 18 119 443 42 21 9 10 33 695 Bagi kelulusan hakmilik tanah di Bagan, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 9 permohonan dari Daerah Sabak Bernam dan butirannya adalah seperti berikut: TAHUN JUMLAH KELULUSAN CATATAN 2008 – 2012 Tiada - 2013 2 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Sungai Besar (1) 2014 4 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Nakhoda Omar (3) 2015 3 a) Bagan Sungai Besar (1) b) Bagan Parit Baru (1) c) Bagan Sungai Lang(1) JUMLAH KESELURUHAN 9 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
184) KENAIKAN NILAI CUKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil langkah menaikkan cukai- cukai yang ada di Negeri Selangor untuk menampung kos pentadbiran Kerajaan Negeri?
-
Berapakah anggaran kenaikan dan berapakah jumlah peningkatan jika kenaikan tersebut dilaksanakan?
184) BIASISWA MENTERI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah penerima biasiswa menteri besar dari 2014-2016 serta nilainya.
-
Nyatakan jumlah pemohon yang ditolak dari menerima biasiswa menteri besar dari 2014-2016.
184) TEATER DIRAJA SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kos binaan bangunan dan pengisian teater tersebut?
-
Siapakah pemaju yang bertanggungjawab dalam projek binaan?
-
Bilakah teater tersebut akan buka untuk kegunaan?
184) PENYELENGGARAAN TAPAK IWK YANG TIDAK TERPAKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak tapak IWK yang tidak digunakan lagi selepas siap projek pembentungan Greater KL di kawasan Petaling Jaya yang ditumbuhi dengan lalang dan menjadi kacau ganggu kepada jiran. Apakah tindakan MBPJ dan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
184) PERANCANGAN TERKINI MENARA TINJAU (LOOK OUT POINT) BUKIT AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan terkini menara tinjau (look Out Point) Bukit Ampang?
-
Jika ada, Bolehkah menetapkan satu tarikh bagi mengadakan satu taklimat kepada Adun Teratai dan Adun Dusun Tua?
184) BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah permohonan industri baru ditolak oleh kerajaan negeri kerana Syabas tidak dapat membekal air?
-
Jika benar, apakah tindakan kerajaan negeri menangani masalah ini?
184) RUMAH MESRA RAKYAT (RMR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan lokasi projek RMR yang telah dan sedang dibina dari 2014-2016.
-
Nyatakan jumlah rakyat Selangor yang menerima manfaat mengikut kaum
184) SEMINAR MAQASSID SYARIAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri ingin melaksanakan saranan-saranan dalam Seminar Maqassid Syariah anjuran Kerajaan Negeri Selangor?
184) PORTFOLIO PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016
-
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya.
