184) PENYELENGGARAAN BANGUNAN KERAJAAN NEGERI (SUK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci kos penyelenggaraan bangunan SUK dari 2018 hingga kini.
-
Senaraikan nama dan pemilik syarikat yang memperoleh kerja menyelenggara tersebut.
184) PULANGAN PELABURAN OLEH ANAK SYARIKAT KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan dividen, bonus dan sebagainya yang diberi oleh anak-anak syarikat kerajaan negeri kepada kerajaan Selangor sebagai pulangan pelaburan mengikut tahun mulai tahun 2004 hingga 2014
184) PENGIKTIRAFAN UNIFIED EXAMINATION CERTIFICATE (UEC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pengiktirafan UEC?
-
Bagaimanakah pembahagian kuota kemasukan pelajar dengan kelayakan sedia ada?
-
Berapakah gred minima UEC yang membolehkan pelajar memasuki UNISEL?
184) PENSTRUKTURAN JAWATANKUASA MASJID DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Mulai Februari 2009 Majlis Agama Islam mula menstrukturkan semula jawatankuasa masjid di negeri Selangor. Pihak masjid mengehendaki mengadakan mesyuarat memilih jawatankuasa, khususnya Nazir bagi mentadbir masjid-masjid tersebut. Mengapakah tiada penyeragaman sistem pengundian untuk memilih jawatankuasa antara masjid-masjid di Selangor?
-
Mengapa pengiraan undian tidak dilakukan di tempat mesyuarat tetapi undian dikira di Pejabat Agama Islam di Shah Alam?
-
Adakah kerajaan negeri berpuas hati dengan pemilihan jawatankuasa masjid yang telah dijalankan?
184) KEBAJIKAN WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan 5 DUN yang mempunyai populasi tertinggi warga emas, dan bilangan warga emas di 5 DUN tersebut.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara di peringkat akar umbi?
184) MASALAH TEKANAN AIR RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Masalah tekanan air rendah kerap berlaku di Kampung Sungai Tekali dan Kampung Sungai Makau, Hulu Langat. Apakah punca yang menjadikan tekanan air ini rendah?
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini?
184) AKHBAR SELANGORKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kos keseluruhan penerbitan akhbar Selangorkini yang diperuntukan untuk sepanjang tahun?
-
Apakah matlamat utama penerbitan akhbar ini dan adakah ianya telah tercapai?
184) PERUNTUKKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah wang MARRIS yang telah dibelanja oleh agensi-agensi pelaksana untuk tahun 2015?
-
Apakah peratus perbelanjaan tersebut?
-
Dengan kadar perkembangan ini, adakah kerajaan akan mencapai matlamat perbelanjaan MARRIS RM600 juta untuk tahun 2015?
184) KELULUSAN HAKMILIK TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah hakmilik tanah yang diluluskan sejak 2008 mengikut pecahan daerah?
-
Sila kemukakan statistik kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru dan Bagan sejak 2008?
-
Apakah kekangan yang dihadapi dalam usaha menyelesaikan permohonan hakmilik tanah yang tertangguh? b) Berdasarkan rekod, jumlah kelulusan hakmilik tanah di Kampung Baru yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2008 hingga 2015 adalah sebanyak 685 hakmilik. Kelulusan tertinggi adalah di Daerah Gombak, iaitu sebanyak 417 hakmilik. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 371 hakmilik telah diluluskan kepada pemohon dari Kampung Baru Kundang pada tahun 2010. Statistik kelulusan hakmilik tanah yang dikeluarkan untuk Kampung Baru dari tahun 2008 hingga 2015 adalah seperti berikut: Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) DAERAH 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 JUMLAH Sabak Bernam 11 4 5 2 2 1 1 4 30 Hulu Langat 6 4 10 12 5 3 - 5 45 Gombak - 1 399 6 1 - 2 8 417 Petaling - 110 1 7 12 5 7 1 143 Klang - - - - - - - - - Kuala Langat - - 15 11 - - - - 26 Sepang - - - 1 - - - - 1 Kuala Selangor 1 - 13 2 1 - - 15 32 Hulu Selangor - - - 1 - - - - 1 JUMLAH KESELURUHAN 18 119 443 42 21 9 10 33 695 Bagi kelulusan hakmilik tanah di Bagan, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 9 permohonan dari Daerah Sabak Bernam dan butirannya adalah seperti berikut: TAHUN JUMLAH KELULUSAN CATATAN 2008 – 2012 Tiada - 2013 2 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Sungai Besar (1) 2014 4 a) Bagan Sungai Burong (1) b) Bagan Nakhoda Omar (3) 2015 3 a) Bagan Sungai Besar (1) b) Bagan Parit Baru (1) c) Bagan Sungai Lang(1) JUMLAH KESELURUHAN 9 Sumber : Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)
184) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah status program-program yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Selangor
-
Nyatakan statistik bilangan anak Selangor yang menerima bantuan pendidikan, latihan dan kewangan Yayasan Selangor bermula 2008 hingga sekarang ?
-
Apakah strategi Yayasan Selangor untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara ?
