187) STADIUM HOKI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status tindakan membaiki stadium hoki Petaling Jaya?
-
Bilakah pembaikan ini akan siap?
-
Adakah MBPJ atau pihak lain yang akan menanggung kos untuk projek ini?
187) PELABURAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah prestasi pelaburan tempatan di Selangor pada 2018-2019?
-
Nyatakan bidang-bidang pelaburan yang diberi penumpuan.
187) KEMUDAHAN SUKAN/RIADAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah program-program yang dirancang oleh pihak kerajaan untuk memupuk minat bersukan/beriadah di kawasan desa?
-
Apa rancangan kerajaan untuk memperbaiki dan memulihkan gelanggang- gelanggang sukan yang rosak dan terbiar seperti padang bola, gelanggang- gelanggang futsal, takraw dan badminton?
187) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Menurut pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 oleh Perdana Menteri pada Sidang Parlimen baru-baru ini, pengurusan sisa pepejal akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan pengurusan sisa pepejal akan diswastakan kepada syarikat swasta. Rundingan dijangka siap pada hujung tahun 2010. Apakah peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri serta bidang kuasa Kerajaan Negeri dalam rundingan pengurusan sisa pepejal tersebut?
-
Apakah mekanisme yang akan diwujudkan bagi memantau keberkesanan pengurusan sisa pepejal oleh kontraktor swasta di setiap PBT memandangkan aduan awam biasanya dikemukakan kepada PBT?
-
Apakah langkah yang dirancang oleh kerajaan bagi mengurangkan pembuangan sisa pepejal oleh masyarakat umum sebagai satu langkah mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal?
187) INFRASTRUKTUR LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah pada perancangan untuk membentuk Pengurusan Infra jalan luar bandar dengan model Konsesi agar keadaan jalan luar bandar lebih baik & selamat
-
Berapakah peruntukan yang telah disalurkan oleh kerajaan untuk menyelenggara jalan luar bandar sejak 5 tahun yg lalu
187) TEMPAT LETAK KERETA BERTINGKAT DI SS15
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Bilakah dan bagaimanakah MPSJ bercadang untuk membangunkan satu tempat letak kereta bertingkat di SS15, Subang Jaya? Berikan butir-butir
-
Mengapakah perkara ini telah berlanjutan dan tidak dibawa ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor?
187) KOS PERLANTIKAN PEGUAM MEWAKILI ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam melantik peguam bagi mewakili kes di atas.
-
Senaraikan nama-nama syarikat guaman yang dilantik oleh Kerajaan Negeri
-
Apakah kriteria dalam pemilihan syarikat-syarikat guaman tersebut.
187) RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sehingga kini, berapa rumah ibadat bukan Islam di Selangor yang masih menghadapi masalah tanah dan perlu dipindah?
-
Sila nyatakan lokasi rumah-rumah ibadat tersebut dan lokasi yang bakal dipindah
187) RUMAH REHAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah rumah rehat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan di manakah lokasi tersebut?
-
Berapakah jumlah kos bulanan yang digunakan untuk rumah-rumah rehat ini?
187) ISU BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Selain dari babi apakah punca pendapatan Negeri Selangor dan perancangan masa depan Negeri Selangor?
