191) BANTUAN, PEMBIAYAAN DAN PROGRAM UNTUK GENERASI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis-jenis bantuan, pembiayaan dan program yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri khususnya kepada generasi muda dalam pelbagai bidang hari ini?
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk generasi muda ini pada tahun 2015?
191) PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA PKNS SEKSYEN 17, PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan semula rumah pangsa PKNS Seksyen 17 (Jalan 17/1A) oleh PKNS?
-
Adakah cadangan pampasan RM500.00 sebulan untuk sewa semasa pembangunan semula akan ditingkatkan?
191) POKOK-POKOK BESAR, CONDONG DI LALUAN UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mengambil tindakan untuk menebang pokok-pokok besar dan pokok-pokok kelapa yang condong ke arah jalan-jalan utama yang membahayakan pengguna lalulintas?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang akan diberi untuk tujuan tersebut?
191) PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi memastikan cukai premium tanah mampu dibayar oleh penama?
-
Nyatakan jumlah permohonan pengurangan cukai tersebut dari 2015-2017 mengikut daerah?
191) HADIAH PERKAHWINAN KALI PERTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik purata perkahwinan pertama di Selangor?
-
Berapakah anggaran kos untuk melaksanakan manifesto ini?
191) SUMBANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada Negeri Selangor pada 2016-2018.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan Selangor diberi tumpuan utama oleh Kerajaan persekutuan?
191) CAJ TAKSIRAN BAGI TUJUAN AKTIVITI PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar caj taksiran yang dikenakan bagi aktiviti pertanian di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berserta justifikasi?
-
Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk menimbang semula kadar caj yang dikenakan kepada industri pertanian ini?
191) DASAR “SETIAP INDIVIDU MILIKI KEDIAMAN”
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status dasar kerajaan negeri Selangor tentang "Setiap individu miliki kediaman sendiri"?
-
Berapakah jumlah permohonan kepada rumah mampu milik Rumah Selangorku dan bagaimana kerajaan memenuhi permintaan tersebut?
191) ISU BERKAITAN AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Mengapakah wujud sikap berat sebelah di dalam isu yang melibatkan YB Teo Nie Ching dan YB Kamalanathan masuk ke masjid / surau?
-
Apakah status fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang membolehkan bukan Islam masuk ke masjid?
-
Atas prinsip perkongsian nilai-nilai murni dalam pelbagai agama, adakah kemungkinan untuk kita membentuk pasukan khas pelbagai agama menangani masalah sosial secara bersama?
191) KAWASAN PENIAGA KECIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mewujudkan Kawasan Khas Baru di setiap PBT bagi memberi peluang perniagaan makanan dan minuman?
-
Mohon nyatakan statistik (1) gerai dan peniaga yang dikenakan tindakan kerana berniaga tanpa lesen dan (2) Nilai barangan yang dirampas.
