193) SYARAT NYATA HAKMILIK TANAH LADANG KELAPA SAWIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak hakmilik tanah pertanian untuk penanaman pokok kelapa sawit yang masih belum didaftarkan tujuan penanaman pokok kelapa sawit sebagai syarat nyata hakmiliknya di daerah Kuala Langat?
-
Berapa banyak permohonan yang telah diterima, sedang diproses dan selesai diproses sehingga sekarang
193) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN SEBELUM 1965
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pilihanraya kerajaan tempatan yang diadakan di Selangor (termasuk Kuala Lumpur) sebelum ianya dibekukan pada tahun 1965.
-
Sertakan tahun pilihanraya diadakan, bilangan dan nama kerusi yang dipertandingkan, nama calon dan parti yang bertanding, jumlah undi yang diperolehi setiap calon serta pemenangnya untuk setiap pilihanraya bagi sesebuah kerajaan tempatan itu.
193) VOUCHER PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kenapakah Voucher Perayaan kerap diterima pada saat-saat yang akhir setiba hari perayaan?
-
Pengagihan voucher tersebut juga tidak seimbang yang mana kawasan Elit menerima jumlah voucher yang sama dengan kawasan yang lain?
193) PKNS DIARAH TANGGUH PEMBELIAN TANAH BERHARGA RM400 JUTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional PKNS mahu membeli tanah milik Desaminium Jaya seluas 340.43 ekar berharga RM400 juta?
-
Bagaimanakah PKNS mahu membiayai pembelian ini?
-
Apakah pembelian itu ditangguh atau dibatalkan?
194) PENGUSAHA NURSERI GREEN LANE SG. BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Bilakah pengusaha Nurseri akan dapat TOL?
-
Apakah peranan Yayasan Selangor dalam isu ini?
194) SANITARY LANDFILL DI TANJUNG DUA BELAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah meter luas persegi yang telah digunakan sehingga kini?
-
Untuk berapa lamakah yang dijangka sanitary landfill ini boleh diguna?
194) PENGGANTIAN PAIP LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Penggantian paip lama seluruh negeri Selangor telah dimasukkan dalam Bajet Negeri 2017. Mohon nyatakan kawasan-kawasan yang paip lamanya perlu diganti mengikut PBT.
-
Ingin tahu, anggaran panjang (km) paip lama yang akan diganti dan kosnya sepanjang tahun 2017-2018 berserta nama-nama syarikat/kontraktor dan syarikat perunding yang telah dipilih
194) GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2019 mengikut kursus yang diambil.
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan UNISEL sebagai tempat pendidikan percuma kepada rakyat?
194) PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah permohonan Pinjaman Pelajaran Negeri yang telah diterima dan jumlah permohonan yang berjaya?
-
Apakah kriteria keutamaan untuk kelulusan setiap permohonan?
194) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2018, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?
