194) EMPANGAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan paras air terkini semua empangan di Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk membina empangan baru disebabkan peningkatan penggunaan air di Selangor?
194) PENGGANTIAN PAIP LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Penggantian paip lama seluruh negeri Selangor telah dimasukkan dalam Bajet Negeri 2017. Mohon nyatakan kawasan-kawasan yang paip lamanya perlu diganti mengikut PBT.
-
Ingin tahu, anggaran panjang (km) paip lama yang akan diganti dan kosnya sepanjang tahun 2017-2018 berserta nama-nama syarikat/kontraktor dan syarikat perunding yang telah dipilih
194) BANDAR ISLAM DI SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah konsep Bandar Islam yang ingin diutarakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Mengapakah Seksyen 5 dipilih sebagai lokasi Bandar Islam tersebut?
-
Apakah perancangan masa depan agar Bandar Islam sebagai identiti Negeri Selangor?
194) GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2019 mengikut kursus yang diambil.
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan UNISEL sebagai tempat pendidikan percuma kepada rakyat?
194) KESESAKAN JALAN DI PERSIMPANGAN B25 JALAN KUANG DAN B149 JALAN KUNDANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak?
194) TOURISM SELANGOR SDN BHD (TSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kedudukan kewangan terkini TSSB dari tahun 2013-2015.
-
Senaraikan nama, gaji, elaun dan kemudahan yang diterima Ahli Lembaga Pengarah TSSB.
194) KEMISKINAN DALAM BANDAR (URBAN POVERTY
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah peratusan kemiskinan bandar di dalam Negeri Selangor?
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri bagi menangani masalah ini?
-
Apakah rancangan jangka panjang Kerajaan Negeri di dalam membendung masalah kemiskinan bandar?
194) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2018, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?
194) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lokasi hotspot WiFi Selangorku mengikut DUN dan maklumat pembekal perkhidmatan internet (ISP) yang berkaitan untuk setiap hotspot.
-
Berapa banyak telah diperuntukkan untuk program ini pada tahun 2015 dan berapa banyak telah dibelanjakan setakat sekarang?
194) PENJANAAN SUMBER BARU UNTUK NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah tanah kerajaan mengikut kategori tanah bagi tahun 2006-2016 mengikut pecahan daerah.
-
Apakah strategi dan fokus Kerajaan Negeri Selangor bagi menjana sumber pendapatan yang baru memandangkan rizab tanah Kerajaan semakin berkurangan?
