194) PENGGANTIAN PAIP LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Penggantian paip lama seluruh negeri Selangor telah dimasukkan dalam Bajet Negeri 2017. Mohon nyatakan kawasan-kawasan yang paip lamanya perlu diganti mengikut PBT.
-
Ingin tahu, anggaran panjang (km) paip lama yang akan diganti dan kosnya sepanjang tahun 2017-2018 berserta nama-nama syarikat/kontraktor dan syarikat perunding yang telah dipilih
194) GRADUAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah graduan UNISEL dari 2016-2019 mengikut kursus yang diambil.
-
Sejauh mana hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan UNISEL sebagai tempat pendidikan percuma kepada rakyat?
194) PERSEDIAAN BENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri Selangor di dalam pembukaan PPS (Pusat Pindahan Sementara)?
-
Apakah tahap persediaan Kerajaan Negeri Selangor di dalam pengagihan bantuan segera kepada mangsa banjir?
194) PENDAFTARAN MARRIS BAGI JALAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Sehingga akhir 2018, berapakah jumlah keseluruhan panjang jalan pertanian yang berjaya didaftarkan di bawah MARRIS?
-
Apakah pendekatan dan usaha kerajaan bagi membantu membaiki kerosakan jalan-jalan di kawasan pertanian?
194) TANAH MILIK KERAJAAN YANG DITEROKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan dalam menyelesaikan isu peneroka tanah terbabit yang nama mereka bertindih sehingga beberapa nama?
-
Huraikan kategori apakah yang diguna pakai dan di teliti sebelum hak pemilikan di serahkan kepada peneroka tanah kerajaan ini?
-
Jelaskan alasan kerajaan negeri terdahulu yang memberi hak milik tanah kepada orang luar dan tidak pada peneroka atau penduduk kampung berhampiran yang menetap puluhan tahun di sekitar kawasan itu serta mengusahakannya?
194) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah KRA dan KPI yang digunakan bagi memantau perlaksanaan program dan pencapaian PWB setiap DUN?
-
Sila nyatakan peruntukan yang telah dikeluarkan untuk setiap DUN sehingga Jun 2016.
-
Mengapakah peruntukan yang berikan tidak sepenuhnya di salurkan kepada setiap PWB?
194) PROSEDUR PENYELENGGARAN DAN PEMBAIKAN CERUN DAN TEBING SUNGAI DALAM NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah -langkah Kerajaan dalam kerja penyelengaraan kerja pembaikan cerun yang berdekatan kawasan perumahan?
-
Apakah prosedur Kerajaan dalam kerja penyelengaraan dan pembaikan tebing sungai yang berdekatan kawasan perumahan?
-
Berapakah tempoh masa untuk kelulusan kerja-kerja pembaikan cerun dan tebing sungai tersebut?
195) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah ladang kontrak baru yang telah dibuka di Negeri Selangor dan berapakah jumlah sebenar sebelum ini?
-
Nyatakan jumlah penerima untuk ladang kontrak baru ini.
195) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat menyusun semula struktur organisasi Pusat Wanita Berdaya supaya ia lebih berkesan untuk memperkasakan wanita setempat?
-
Apakah usaha lain yang akan dilakukan untuk membangunkan wanita Selangor?
195) PENCEMARAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Selangor telah mengalami 5 kali pencemaran air. Apakah cara-cara kerajaan dapat mengatasi kejadian seperti ini berlaku akan datang?
-
Berapakah kes yang telah dibawa ke mahkamah selepas pencemaran berlaku?
-
Apakah hukuman yang telah dijatuhkan ke atas pesalah?
