201) PERTAMBAHAN PERUNTUKAN DUN UNTUK KAWASAN YANG ADA KENAIKAN LUARBIASA JUMLAH PENGUNDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Disebabkan persempadanan semula sempadan DUN yang tidak adil, maka terdapat kawasan dengan jumlah pengundi yang luarbiasa, seperti di DUN Subang Jaya, Bukit Lanjan dan Kinrara. Apa yang harus dibuat oleh Kerajaan untuk mengurangkan jurang dari segi belanjawan dan peruntukan negeri?
201) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan secara detail apakah matlamat utama kempen tersebut
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan pengguna terhadap kempen tersebut dan juga kelemahan yang dikenal pasti.
-
Sila nyatakan apakah langkah yang lebih proaktif bakal dilakukan untuk mendidik pengguna menghayati matlamat kempen tersebut.
201) HARGA BARANG NAIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi menangani harga barang naik khususnya di Selangor?
-
Bagaimana dapat dibekalkan barangan asas kepada pengguna yang kurang mampu pada harga patut?
201) BANTUAN KHUSUS UNTUK IBU TUNGGAL DAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah skim atau rancangan khusus Kerajaan Negeri untuk membantu nasib golongan tersebut?
201) CUKAI TAKSIRAN TAHUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Cukai Taksiran Tahunan merupakan sumber kewangan yang penting untuk negeri Selangor dan juga PBT. Berapakah penjumlahan dan peratusan pendapatan dan hutang mengikut pecahan bagi setiap PBTdi Selangor bagi 5 tahun yang lepas?
-
Bagaimanakah Cukai Taksiran digunakan untuk setiap PBT?
-
Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menuntut tunggakan yang belum di jelas dan ganjaran yang akan diambil untuk pemilik pemegang hartanah?
201) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI TAMAN SUNGAI YU INDAH, KAMPUNG SUNGAI YU, TANJONG KARANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek berkenaan?
-
Nyatakan syarikat yang dilantik untuk kerja-kerja penyiapan projek berkenaan.
-
Bilakah jangkaan projek berkenaan dapat disiapkan?
201) WIFI SELANGORKU DUN MERU DIPERUNTUKN 119 HOTSPOT
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Dimanakah lokasi tersebut?
-
Senarai lokasi penggunaan dan waktu tertinggi penggunaan
-
Adakah penetapan lokasi hotspot mencapai sasaran kepada pengguna?
201) DATARAN BELIA DI DUN SELAT KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Padang Awam di Kampung Delek adalah satu satunya padang awam di DUN Selat Klang. Apakah kerajaan negeri boleh menyediakan dataran belia yang sesuai di situ?
-
Berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk program pembangunan belia dan sukan di setiap DUN?
201) KESELAMATAN RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sejak Pakatan Rakyat memerintah di negeri Selangor, apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan Selangor untuk keselamatan rakyat?
-
Adakah kerajaan Selangor menerima kerjasama dari pihak kerajaan pusat/
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Selangor dalam menjaga keselamatan rakyat?
201) PROGRAM GENERASI IDAMAN SELANGOR (GEMS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan program yang dilaksanakan oleh GeMS
-
Nyatakan keberkesanan program tersebut kepada semua kaum di Selangor
