200) PRASARANA SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam memastikan prasarana sukan di seluruh Selangor berada di dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai untuk kegunaan rekreasi rakyat?
200) SOLAR PANEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan ladang solar panel yang berada di Negeri Selangor, daerah mana paling tinggi terdapat ladang solar panel ini? Adakah ianya memberi pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berminat untuk meneruskan dan mengembangkan projek solar panel?
200) BELANJAWAN UNTUK PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah belanjawan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Sila senaraikan semua perbelanjaan.
-
Adakah penggunaan bajet kerajaan untuk pilihanraya kecil adalah betul. Sila jelaskan
200) STATUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR KAMPUNG PANDAN DAN BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini asrama Toh Puan Norashikin dan asrama Tun Dr Ismail?
-
Apakah rancangan pembangunan di masa hadapan kerajaan negeri terhadap tanah atau tapak kedua-dua asrama ini? Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Apakah rancangan pembangunan kerajaan negeri terhadap bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang selepas semua penyewa-penyewa ditamatkan kontrak penyewaan dari bangunan berkenaan?
200) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2013 sehingga akhiri bulan Mei 2014 oleh Jabatan Pengaliran dan Sungai Selangor untuk menjalankan kerja-kerja. Pengorekan parit di DUN Telok Dato
-
Nyatakan nama dan lokasi
-
Jumlah wang dibelanjakan untuk setiap kerja pengorekan parit.
201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?
-
Apakah perancangan program dan program-program yang telah dilaksanakan menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010?
-
Berapakah peruntukan ataupun unjuran peruntukan yang ditetapkan oleh setiap PBT sehingga Jun 2010?
201) AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pemberian air percuma 20 meter padu telah lama dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor - Kenapakah masih ramai pemilik serta penghuni kondominium/pangsapuri yang menggunakan meter pukal masih belum menerima ÒSistem KuponÓ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
201) JAWATANKUASA PENGURUSAN BANTUAN BENCANA DAERAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan peruntukan yang disalurkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Daerah (JPBBD) untuk membantu mangsa bencana alam mengikut daerah sejak 2008
-
Nyatakan jenis dan jumlah permohonan bantuan bencana alam yang diterima oleh JPBBD Hulu Selangor pada tahun 2013.
201) PENILAIAN KESAN IMPAK PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kerajaan Pusat telah menolak cadangan ADB berhubung mekanisme penilaian kesan impak pelaburan (Legal Impact Assessment) yang telah diguna pakai oleh kesemua 11 negara Asean. Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk menerima pakai cadangan tersebut?
201) TANAH PERKUBURAN CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah tanah perkuburan Cina di Selangor mengikut daerah
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk memastikan tanah perkuburan terurus dengan sempurna?
