200) BELANJAWAN UNTUK PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah belanjawan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk pilihanraya kecil Hulu Selangor. Sila senaraikan semua perbelanjaan.
-
Adakah penggunaan bajet kerajaan untuk pilihanraya kecil adalah betul. Sila jelaskan
200) PRASARANA SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam memastikan prasarana sukan di seluruh Selangor berada di dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai untuk kegunaan rekreasi rakyat?
200) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah mampu milik yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan di mana rumah mampu milik telah dibina dan akan dibina dalam tahun 2014
200) SOLAR PANEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan ladang solar panel yang berada di Negeri Selangor, daerah mana paling tinggi terdapat ladang solar panel ini? Adakah ianya memberi pulangan yang tinggi kepada Kerajaan Negeri Selangor.
-
Adakah Kerajaan Negeri berminat untuk meneruskan dan mengembangkan projek solar panel?
200) STATUS ASRAMA YAYASAN SELANGOR KAMPUNG PANDAN DAN BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini asrama Toh Puan Norashikin dan asrama Tun Dr Ismail?
-
Apakah rancangan pembangunan di masa hadapan kerajaan negeri terhadap tanah atau tapak kedua-dua asrama ini? Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Apakah rancangan pembangunan kerajaan negeri terhadap bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang selepas semua penyewa-penyewa ditamatkan kontrak penyewaan dari bangunan berkenaan?
200) TANAH UNTUK SEKOLAH TAMIL DI DUN BUKIT MELAWATI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Laporan dan permohonan tanah untuk 6 buah sekolah - sekolah Tamil di DUN Bukit Melawati telah pun diserahkan kepada kerajaan negeri. Adakah rundingan untuk mengambil alih tanah dengan tuan punya tanah dimulakan oleh kerajaan negeri ? Apakah perkembangan dalam perkara ini ?
200) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor-faktor penghalang yang melambatkan kelulusan peruntukan Geran Selangorku untuk di perturunkan ke kawasan-kawasan atau DUN terutama yang melibatkan penambahbaikan infrastruktur ?
-
Siapakah yang sebenarnya yang akhirnya mempunyai kuasa untuk meluluskan sesuatu peruntukan dari Geran Selangor ku ? Menteri Besar atau Exco atau Pengerusi MBI sendiri ?
-
Mengapakah peruntukan RM 15 juta yang di peruntukan untuk Jawatankuasa Penerangan masih belum di luluskan walau sedikit pun oleh pihak MBI ?
200) BADAN KEBAJIKAN ISTERI-ISTERI WAKIL RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini proses pembubaran BALKIS?
-
Sila nyatakan apakah langkah susulan yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri terhadap permasalahan BALKIS?
200) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan jumlah peruntukan penyelenggaraan bagi tahun 2013 sehingga akhiri bulan Mei 2014 oleh Jabatan Pengaliran dan Sungai Selangor untuk menjalankan kerja-kerja. Pengorekan parit di DUN Telok Dato
-
Nyatakan nama dan lokasi
-
Jumlah wang dibelanjakan untuk setiap kerja pengorekan parit.
200) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penerima dan jumlah pemberian Skim Mesra Usia Emas dari 2014-2017.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi memastkan proses pemberian wang kepada keluarga si mati lebih telus dan terjamin?
