200) PINJAMAN RM80 JUTA KEPADA PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pinjaman RM80 juta telah diberi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi pengambilan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk tujuan Pembangunan Projek Datum In-City. Apakah perkembangan terkini pengambilalihan ini dan adakah PKNS mula membayar balik kepada kerajaan negeri?
200) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah mampu milik yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan di mana rumah mampu milik telah dibina dan akan dibina dalam tahun 2014
200) PRASARANA SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam memastikan prasarana sukan di seluruh Selangor berada di dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai untuk kegunaan rekreasi rakyat?
200) JALAN-JALAN MARRIS DI BAWAH DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukkan MARRIS untuk DUN Bandar Utama pada tahun 2018 tahun 2019?
-
Senaraikan jalan-jalan bawah DUN Bandar Utama yang sudah diselenggarakan dan belum diselenggarakan setakat ini
200) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lokasi, pemaju dan jumlah terkini Rumah Selangorku yang telah siap dan sedang dibina mengikut jenis
-
Berapa peratuskan penyediaan rumah Selangorku memenuhi permintaan masa kini?
-
Adakah Kerajaan Negeri tidak meningkatkan jumlah sasaran pembinaan rumah Selangorku?
200) RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Projek rumah terbengkalai di Kuala langat. Contohnya di Jenjarum, Kebun Baru dan Sijangkang. Projek ini melibatkan projek di atas tanah pertanian yang luasnya kurang 5 ekar dan pemaju tidak mempunyai lesen pemaju perumahan, syarikat tersebut hanya mempunyai lesen kontraktor sahaja. Pembeli pun telah membuat bayaran kepada bank tetapi rumah tidak disiapkan. Apakah langkah kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memastikan masalah sebegini tidak akan berlaku lagi?
200) MENAIK TARAF JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf jalan Selayang ke Rawang dari 2 lorong ke 3 lorong dan menerangi jalan tersebut?
200) PROJEK PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1 MALAYSIA (PPA1M)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan lokasi projek PPA1M yang telah diluluskan dan sedang dibina di Selangor
-
Nyatakan jumlah permohonan projek PPA1M yang tidak diluluskan untuk dibina dan sebabnya
-
Apakah perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk meningkatkan lagi pembangunan projek seperti ini di Negeri Selangor?
200) TENDER TERBUKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang menentukan harga-harga tersebut?
-
Kenapakah tidak ada pihak yang memantau bagi pihak kerajaan sehingga ada kontraktor yang melaksanakan kerja seolah-olah tidak terikat dengan peraturan (BQ)?
200) PENDAPATAN PER-KAPITA PARA PENDUDUK DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Berapakah pendapatan per-kapita mengikut kaum di Negeri Selangor bagi tahun 2008, 2009 & 2010?
-
Berapakah jumlah pengangguran mengikut komposisi kaum di Negeri Selangor bagi Tahun 2008, 2009 & 2010?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi mengatasi masalah pengangguran tersebut?
