199) ADUAN SALAHGUNA TANAH DAN JUMLAH TINDAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah aduan salah guna tanah yang telah pejabat-pejabat tanah terima dan berapa pula dari jumlah itu sudah diambil tindakan rampasan?
199) SKIM PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah pangsapuri kos rendah, rumah mampu milik dan rumah selangorku yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan dimana rumah selangorku yang sedang dibina dan akan dibina
199) RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah serbuan mengikut tahun yang dilakukan dari tahun 2014 hingga kini.
-
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penularan rumah urut di Negeri Selangor?
199) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Dewasa ini sektor Pelancongan merupakan satu industri yang boleh menghasilkan pendapatan kepada rakyat dan negeri am nya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan Negeri Selangor untuk menarik pelancong dan pelabur bagi merancakkan ekonomi Kerajaan Negeri.
199) SASARAN PELAJAR YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran yang ditetapkan bagi memastikan pelajar Yayasan Selangor ini meningkatkan tahap keputusan cemerlang pelajar Negeri Selangor?
-
Adakah kursus-kursus atau seminar yang kerajaan negeri adakan bagi mencapai sasaran tesebut?
199) KERJA-KERJA NAIK TARAF STADIUM JUGRA TELOK DATOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pecahan perbelanjaan untuk naik taraf stadium Jugra.
-
Senaraikan nama syarikat dan kontraktor kerja.
-
Nyatakan Tarikh Mula dan siap kerja.
199) MENAIK TARAF STADIUM JUGRA, TELOK DATOK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukkan yang diluluskan oleh kerajaan negeri untuk menaik taraf stadium Jugra , Teluk Datok yang bersejarah, dan merupakan medan latihan yang mewujudkan ramai atlet sukan negara yang ternama. i) Sila menyatakan butir-butir lengkap perabot sukan / peralatan yang akan dinaiktarafkan. ii) Sama ada kerajaan negeri akan mengekalkan kadar mampu sewa kepada orang ramai atau harga sewa akan melampung naik selepas siap kerja naik taraf.
199) PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah status kewangan semua PBT dalam negeri Selangor dan faktor-faktor sekiranya sesebuah PBT itu mencatatkan defisit dalam penyata kewangannya?
-
Senaraikan butir-butir projek perumahan yang telah diluluskan dalam kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk empat tahun yang lepas. (pemaju, lokasi, tempoh projek,jenis projek
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keefisienan pentadbiran PBT serta mengatasi isu defisit PBT
199) PELARIAN WARGA MYANMAR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam menangani pelarian warga Myanmar yang pegang kad UN tinggal di Selangor?
-
Apakah yang patut Kerajaan Negeri buat untuk menangani kadar populasi pelarian warga Myanmar yang semakin meningkat, terutamanya di DUN Teratai?
-
Berapakah bilangan pelarian warga Myanmar yang pegang kad UN tinggal di DUN Teratai sehingga bulan Mei 2013?
199) PROMOSI PELANCONGAN DAN PROGRAM “SELANGORKU”
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah cadangan kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan di negeri Selangor serta apakah inisiatif kerajaan untuk mempergiat program "Selangorku".
