199) ISU ‘ALLAH’
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam?
199) PERPUSTAKAAN KOMUNITI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan menambah perpustakaan komuniti di Negeri Selangor dalam 5 tahun ini dan berapakah buah perpustakaan komuniti yang akan ditambah? Sila nyatakan perpustakaan-perpustakaan dan kawasannya jika ada.
-
Berapakah bajet untuk setiap perpustakaan komuniti dalam setiap tahun? Sila terperincikan bajet untuk setiap perpustakaan.
200) USAHAWAN BIDANG PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak kerajaan berhasrat membuka tanah-tanah baru untuk diberikan kepada anak-anak muda yang berminat untuk menjadi usahawan dibidang pertanian?
200) PELABURAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan dari warga Malaysia dan warga asing yang disalurkan ke negeri Selangor sejak tahun 2008?
-
Sila nyatakan perangkaan mengikut negara-negara yang melabur di Selangor dalam angka peratusan dan bidang-bidang yang berkaitan?
-
Apakah anggaran peluang pekerjaan yang akan diwujudkan berikutan dengan pelaburan-pelaburan berkenaan?
200) ISU PENDUDUK DI BUKIT DAMAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Mengapa pihak Majlis Perbandaran Sepang tidak dapat menyelesaikan isu jalan sambungan kekawasan ini daripada Cyberjaya?
-
Mengapakah pihak berkuasa negeri tidak dapat menyelesaikan masalah kecurian tanah yang berleluasa dikawasan ini?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadapa aktiviti pelupusan sampah haram dikawasan ini?
200) PRASARANA SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri di dalam memastikan prasarana sukan di seluruh Selangor berada di dalam keadaan baik dan boleh diguna pakai untuk kegunaan rekreasi rakyat?
200) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah mampu milik yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan di mana rumah mampu milik telah dibina dan akan dibina dalam tahun 2014
200) HAKMILIK KEKAL BAGI SEKOLAH TAMIL DAN PADANG PERMAINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah nama sekolah-sekolah Rendah Tamil di Negeri Selangor yang tidak mempunyai hak milik tanah yang kekal dan adakah kerajaan berhasrat untuk memberikan hak milik kekal kepada sekolah-sekolah tersebut kelak?
-
Apakah nama sekolah-sekolah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai kemudahan padang permainan mereka sendiri?
200) NAIK TARAF MDKL KE MAJLIS PERBANDARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Majlis Daerah Kuala Langat telah lama memenuhi syarat naik taraf kepada Majlis Perbandaran. Berapa banyak kali kertas permohonan untuk tujuan ini telah dibawa ke MMKN dan apakah keputusan terkini permohonan ini?
200) PROJEK-PROJEK RUMAH TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan projek-projek rumah terbengkalai yang telah dipulihkan semula oleh Kerajaan Negeri/ Sila nyatakan berapakah jumlah yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri serta status pemulihan projek-projek tersebut.
