199) TARIF AIR SELANGOR ISTIMEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban bil air untuk para penghuni pangsapuri perkhidmatan yang berstatus OKU, warga emas tidak berpendapatan?
199) SKIM PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilangan rumah pangsapuri kos rendah, rumah mampu milik dan rumah selangorku yang ada di Selangor
-
Sila kemukakan senarai kawasan dimana rumah selangorku yang sedang dibina dan akan dibina
199) RUMAH URUT DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang terdapat didalam Negeri Selangor mengikut PBT.
-
Nyatakan jumlah serbuan mengikut tahun yang dilakukan dari tahun 2014 hingga kini.
-
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk mengekang penularan rumah urut di Negeri Selangor?
199) INDUSTRI PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan ada berapa tempat peranginan Hutan rekreasi, Pusat Peranginan Pantai, Agro Pelancongan, Pulau & Pantai, Tempat Bersejarah dan Taman Rekreasi dalam negeri Selangor
-
Berapa banyakkah keuntungan dan kutipan cukai dalam Industri ini?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan Zon Bebas Cukai di dalam negeri Selangor
199) SASARAN PELAJAR YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran yang ditetapkan bagi memastikan pelajar Yayasan Selangor ini meningkatkan tahap keputusan cemerlang pelajar Negeri Selangor?
-
Adakah kursus-kursus atau seminar yang kerajaan negeri adakan bagi mencapai sasaran tesebut?
199) PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah sebab-sebab Kerajaan Negeri Selangor sanggup menjual bangunan- bangunan yang dimiliki oleh PKNS?
-
Apakah keuntungan dan faedah-faedah yang diperolehi daripada penjualan bangunan-bangunan tersebut?
199) Tangki Air Di Bagan Sungai Lima Dan Pulau Ketam
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah Pihak Air Selangor akan membina tangki air di Bagan Sungai Lima dan Pulau Ketam?
-
Sila nyatakan tarikh untuk pembinaan tersebut jika ya dan nyatakan sebab-sebab jika tidak.
199) LEBUHRAYA YANG AKAN DIBINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan lebuhraya-lebuhraya yang telah mendapat kelulusan penggunaan tanah daripada Kerajaan Negeri, yang akan dibina.
-
Berapa lebuhraya yang telah ditolak permohonan penggunaan tanah milik Kerajaan Negeri sejak 2013?
-
Apakah status Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link) yang dimaklumkan kepada penduduk telah mengemukakan permohonan pada 8 Disember 2015?
199) STATUS KEWANGAN YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status kewangan Yayasan Selangor dari tahun 2008 hingga kini.
199) KEWUJUDAN JALAN-JALAN BERTOL DI KAWASAN PENEMPATAN BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kewujudan jalan-jalan baru yang mempunyai tol di kawasan-kawasan penempatan baru akhir-akhir ini semakin banyak terdapat di dalam kawasan Selangor. Apakah usaha yang diambil oleh pihak kerajaan bagi mengawal pihak-pihak berkenaan daripada mengenakan harga tol yang melampau?
-
Apakah terdapat prosedur yang membolehkan pihak Kerajaan Negeri mengawal harga tol yang dikenakan oleh pihak konsesi / pemaju yang bertanggungjawab membina jalan raya tersebut?
