211) PEKEBUN KECIL KELAPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan bilangan petani, pekebun kecil yang terlibat dalam aktiviti tanaman kelapa mengikut daerah di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan tersebut ?
211) PERBELANJAAN PENERBITAN AKHBAR SELANGORKINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Mohon menyatakan jumlah kos yang dibelanjakan setiap minggu untuk menerbit dan mengedar akhbar Selangorkini.
-
Agensi atau jabatan mana yang bertanggungjawab menguruskan penerbitan akhbar berkenaan?
211) USAHAWAN MELALUI SKIM MIMBAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah usahawan yang telah dapat dilahirkan? Nyatakan pecahan mengikut daerah
211) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan proses pembikinan akhbar Selangor Kini dari mendapatkan berita sehingga ia diedarkan kepada rakyat?
-
Berapakah peruntukan bagi menjayakan pelaksanaan akhbar ini sejak ia dilaksanakan sehingga kini mengikut tahun?
211) TERDAPAT TANAH-TANAH DIBERI KEPADA PIHAK BERKUASA TANAH PERSEKUTUAN (PTP) UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN KEMUDAHAN AWAM SEPERTI SEKOLAH, HOSPITAL, BALAI POLIS DAN SEBAGAINYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ekar tanah telah dipindah milik kepada PTP dalam masa 15 tahun yang lalu?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP, tetapi tidak dimajukan, senaraikan mengikut daerah?
-
Berapa ekar tanah yang diberi kepada PTP telah dijual kepada pihak ke 3
211) KOMUNITI BERPAGAR DAN BERPENGAWAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan berkenaan dengan percanggahan dua garis panduan yang berlainan antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dan bagaimana ianya boleh disatukan sebagai satu garis panduan yang boleh diikuti oleh semua?
211) PROJEK DIBAWAH PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah projek pertanian PKPS dan anak syarikatnya pada tahun 2014?
-
Nyatakan prestasi setiap projek?
211) KELUASAN TANAH RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Terangkan latar belakang, sejarah dan undang-undang yang berkaitan dengan pentadbiran tanah rizab Melayu di Selangor dan berikan keluasan tanah rizab Melayu yang diwartakan di Selangor setiap tahun mengikut daerah sejak tahun 2000.
211) PERPARITAN – DI DUN IJOK PADA MUSIM HUJAN TERDAPAT KAWASAN BANJIR DAN BILA MUSIM PANAS AIR BERTAKUNG DI PARIT-PARIT DAN LONGKANG-LONGKANG, HINGGA MEMBAWA WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan (SOP) untuk mengendalikan parit-parit dan longkanglongkang di PBT dan kampung-kampung?
-
Di harap Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengapa tiada peruntukan untuk Pembangunan & Pengurusan 2016 JPS di Ijok walaupun kawasan sering dilanda banjir dan banyak kes demam denggi?
211) STATISTIK KES YANG DIDAKWA OLEH PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah YB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan nyatakan statistik kes yang didakwa oleh PBT dalam jeda masa dari mula Pakatan Rakyat memerintah Selangor?
