210) KEPRIHATINAN KERAJAAN TERHADAP GOLONGAN M40
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Penjajaran semula yang menfokuskan kepada golongan B40 dilihat seolah-olah tidak adil kepada golongan M40. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mewujudkan bantuan-bantuan khusus bagi golongan M40?
210) MANIFESTO PRU13
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini pelaksanaan manifesto Pakatan Rakyat PRU 13?
-
Nyatakan penambahbaikan yang berjaya dilaksanakan daripada manifesto ini.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri memastikan manifesto ini dilaksanakan sepenuhnya sebelum PRU 14?
210) RUMAH PPRT & RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rakyat yang dikategorikan layak menerima rumah PPRT di Selangor ?
-
Berapakah harga rumah mampu milik yang di uar-uarkan?
210) PEMBENIHAN AWAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses pembenihan awan menggunakan teknologi dari Thailand dan berapakah kos yang telah dikeluarkan?
-
Adakah kaedah ini berjaya mencapai matlamatnya?
210) HASIL CUKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jenis-jenis cukai dan jumlah kutipan 2017.
-
Nyatakan cukai yang dihapuskan dan jumlah kehilangan pendapatan kerajaan pada 2017.
210) PERANCANGAN MDKS KE ATAS TANAH LAPANG DI HADAPAN RUMAH MURAH PKNS JALAN KLANG DAN TAMAN SERI PIAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Majlis Daerah Kuala Selangor setelah kawasan-kawasan berkenaan dibersihkan?
210) JUDI HARAM DISEBALIK LESEN PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisma, kaedah dan syarat-syarat yang diambil kira dalam memberi kelulusan lesen-lesen Pusat Hiburan oleh PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membuat penguatkuasaan yang tegas dalam membenteras pusat judi haram dan memantau aktiviti pelesen pusat hiburan?
210) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) akan menstrukturkan semula industri air?
-
Sila bekalkan kertas cadangan (proposal) yang terperinci dan dokumen- dokumen yang berkenaan.
210) PENGAGIHAN BANTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Senaraikan segala bantuan yang telah diadakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat berserta tarikh bantuan dimulakan dan jumlah yang mendapat manfaat daripadanya.
-
Bagaimana wakil-wakil rakyat boleh mendapat akses kepada senarai penerimapenerima yang di kawasan masing-masing?
210) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapakah ahli Lembaga Pengarah setiap Anak Syarikat Kerajaan Negeri?
-
Siapakah Ahli Lembaga Pengarah dilantik mengikut parti politik? Senaraikan.
