210) HASIL CUKAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jenis-jenis cukai dan jumlah kutipan 2017.
-
Nyatakan cukai yang dihapuskan dan jumlah kehilangan pendapatan kerajaan pada 2017.
210) MASALAH KESESAKAN LALULINTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan pelan tindakan untuk menyelesaikan masalah lalulintas di DUN Teratai
-
Bilakah Kerajaan Negeri Selangor dapat bertindak untuk Soalan (a) tersebut?
210) PUSAT PEMULIHAN DADAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pusat pemulihan dadah yang wujud di Selangor
-
Apakah bantuan yang disalurkan kepada pusat tersebut pada tahun 2015?
210) JUDI HARAM DISEBALIK LESEN PUSAT HIBURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah mekanisma, kaedah dan syarat-syarat yang diambil kira dalam memberi kelulusan lesen-lesen Pusat Hiburan oleh PBT?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membuat penguatkuasaan yang tegas dalam membenteras pusat judi haram dan memantau aktiviti pelesen pusat hiburan?
210) TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap pemilik tanah yang menukarkan syarat guna tanah yang diberi oleh kerajaan untuk kepentingan sendiri?
-
Bagaimanakah kerajaan dapat menetapkan satu mekanisme untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang?
210) MEMPERBANYAKKAN BAZAAR/MEDAN NIAGA BAGI MENGGALAKKAN GOLONGAN MISKIN MENCEBUR DIRI DALAM PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk mengadakan lebih banyak bazar atau medan niaga dan khidmat nasihat bagi menggalakkan golongan miskin mencebur diri dan berjaya dalam perniagaan?
-
Jika ya, mohon nyatakan program pelaksanaannya?
-
Jika tidak, apakah rancangan alternatif Kerajaan?
210) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapakah ahli Lembaga Pengarah setiap Anak Syarikat Kerajaan Negeri?
-
Siapakah Ahli Lembaga Pengarah dilantik mengikut parti politik? Senaraikan.
210) PENGURUSAN SAMPAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana PBT memastikan kutipan sampah mengikut jadual sampah? Apa tindakan ke atas kontraktor sampah yang gagal melaksanakan kerja? Senaraikan kontraktor yang mendapat kontrak mengikut PBT.
210) KADAR LIPUTAN INTERNET
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar liputan internet di Negeri Selangor mengikut pecahan PBT?
-
Apakah langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kadar dan kelajuan liputan internet bagi memudahkan urusan rakyat?
-
Agensi manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan merancang kadar liputan internet?
210) PUSAT DIALISIS RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah Pusat Dialisis Rakyat Selangor yang telah beroperasi dan di kawasan manakah terletak pusat ini?
-
Apakah syarat-syarat untuk mendapat kemudahan ini dan jumlah rakyat yang telah memperolehi faedah ini?
-
Selain daripada itu, apakah rancangan-rancangan kerajaan seterusnya bagi membantu rakyat yang kurang mampu untuk menerima faedah perubatan secara keseluruhannya
