212) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melaksanakan pilihanraya kerajaan tempatan, sepertimana yang dijanjikan di dalam manifesto pilihanraya yang lalu?
-
Jika ya, apakah jangkamasa untuk ia dilaksanakan?
-
Jika ya, apakah peruntukan kewangan yang akan digunakan?
212) JENAYAH DAN KESELAMATAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk meneruskan usaha untuk menubuhkan unit polis bantuan?
-
Apakah langkah kerajaan negeri ke arah pemutihan komuniti berpagar yang menutup beberapa jalan untuk tujuan keselamatan?
212) PUSAT SISA PEPEJAl (LANDFILL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Berapakah pusat sisa pepejal yang ada di seluruh negeri Selangor dan sila nyatakan lokasi serta maklumat secara terperinci.
-
Bilakah pusat sisa pepejal Sungai Sedu, Kuala Langat akan ditutup dan manakah tempat yang paling sesuai untuk menggantikannya?
212) BORANG PENDAFTARAN KONTRAKTOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional untuk keperluan tandatangan wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dalam borang pendaftaran kontraktor yang disediakan oleh Kerajaan Negeri?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menghentikan syarat (a) di atas? Sila berikan sebab-sebab?
212) KEMUDAHAN MIKRO KREDIT (MIMBAR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah yang telah berjaya mendapat kemudahan Mikro Kredit Bandar (MIMBAR)? Sila nyatakan bilangan kelulusan sejak ia dilaksanakan mengikut kaum.
-
Bagaimanakah pihak MIMBAR mengatasi proses permohonan yang lambat?
-
Apakah jenis bidang perniagaan yang diceburi oleh pemohon ini?
212) SASARAN USAHAWAN BAGI SETIAP DUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagi merancakkan ekonomi di kalangan miskin dan pertengahan, berapakah sasaran jumlah usahawan di setiap DUN?
-
Apakah pelan khusus untuk membantu golongan B40 yang baru mahu mencungkil bakat dalam aktiviti keusahawanan, memandangkan mereka tiada modal permulaan?
212) KAJIAN DAN PENYELIDIKAN YANG DIBAYAR OLEH KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan berapa dan jenis kajian dan penyelidikan yang dibayar oleh Kerajaan Negeri sejak 2008.
-
Apa perkembangan kajian Kaum Orang Asli Mahmeri yang diperuntukan dana sebanyak RM1 juta?
-
Apa langkah-langkah yang diambil untuk mencetak dan menerbit kajian-kajian di atas?
213) PROGRAM DIPLOMA BELIA DALAM KERJA PEMBANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menarik lebih ramai anak muda menyertai program tersebut?
-
Nyatakan jumlah peserta program ini sejak ia dilancarkan sehingga kini mengikut bangsa.
213) BALAI BOMBA YANG TIDAK DIBEKALKAN KELENGKAPAN ASET OPERASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
4 balai bomba dan penyelamat baru di Selangor tidak dibekalkan dengan kelengkapan aset operasi seperti jentera dan peralatan memadam kebakaran serta menyelamat. Adakah kerajaan negeri dapat menyalurkan bantuan demi menjaga keselamatan rakyat dan juga anggota bomba?
213) INDEKS PENCAPAIAN MATLAMAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan konsep buku jingga setakat tahun 2015
-
Sila kemukakan senarai untuk jawapan di atas yang mana telah mencapai matlamatnya dan yang mana gagal serta sebabnya.
