213) PEMBANGUNAN PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk membangunkan pertanian di daerah Hulu Langat?
213) KLINIK BERGERAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah terkini perkhidmatan klinik bergerak yang beroperasi di Selangor.
-
Senaraikan jumlah penerima rawatan klinik bergerak mengikut daerah.
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk menambahbaik perkhidmatan ini?
213) PERKEMBANGAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN BAJET 2016 AGENSI-AGENSI KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah peratus perbelanjaan pembangunan dalam bajet 2016 telah dibelanja oleh Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengairan dan Saliran dan jabatan-jabatan lain? Sila beri butiran.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan supaya perbelanjaan adalah mengikut jadual dan memastikan projek-projek adalah value-for-money?
213) PERUSAHAAN KITAR SEMULA TIDAK BERLESEN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat memperincikan bilangan kompaun, notis, sitaan dan perobohan yang telah dikenakan terhadap perusahaan kitar semula tanpa lesen di Daerah Klang?
213) LESEN MENDUDUKI TANAH SEMENTARA (TOL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Pejabat Tanah Sepang telah membatalkan TOL kepada pengusaha yang telah mengusahakan tanah sejak beberapa lama. Apakah perancangan kerajaan ke atas tanah tersebut?
-
Apakah bantuan ganti rugi atau bantuan yang diberi kepada mereka yang kehilangan mata pencarian?
213) PREMIUM TANAH DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar premium bagi tanah-tanah pajakan dalam negeri Selangor?
-
Apakah syarat premium dan tempoh perlaksanaannya?
213) RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah rumah urut yang berlesen dan tidak berlesen dari 2014-2016 mengikut PBT
-
Nyatakan jumlah penutupan dan saman ke atas rumah urut dari 2014-2016 mengikut PBT
213) PEMBINAAN 3 PUSAT KEBUDAYAAN DI TEBING SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri masih berhasrat membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina? Jika tidak, nyatakan sebabsebabnya dan alternatifnya.
213) eTV SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini program eTV Selangorku dan bilakah eTV Selangorku akan diperkembangkan di seluruh negeri Selangor?
-
Berapakah bayaran yang perlu dibayar kepada eTV di bawah program ini dan adakah program ini juga akan ditonton di televisyen oleh penonton-penonton eTV di rumah?
213) SUKAN SELANGOR PLUS 2016
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah diperuntukkan penganjuran sukan peringkat negeri?
-
Berapakah dan bagaimana serahan peruntukan kepada penganjuran peringkat DUN?
