217) TANAH TERBIAR DI STADIUM SABAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Tanah terbiar di Stadium Sabak. Mohon penjelasan dari YAB: i. Apakah usaha dan perancangan bagi membangunkan tanah tersebut untuk kegiatan sukan? ii. Bilakah usaha pembangunan itu akan dimulakan?
217) RIZAB SUNGAI SEBAGAI TEMPAT RIADAH DAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan bersetuju supaya rezab tanah sungai sedia ada di bangunkan oleh NGO sebagai tempat beriadah, rekreasi dan pelancongan tempatan?
217) PROGRAM BANTUAN REMAJA DALAM MENGURANGKAN KEMISKINAN PENDUDUK
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai golongan remaja lepasan sekolah yang dapat di bantu dalam bidang pendidikan lanjutan dalam program mengurangkan kemiskinan penduduk ladang. Adakah anak-anak di tanah rancangan seperti FELDA juga mendapat peluang yang sama.
-
Berapakah peruntukan yang telah di belanjakan dan apakah institusi yang terlibat untuk tujuan tersebut
217) PENYELENGGARAAN PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Adakah Jabatan Pengairan dan Saliran menyediakan pelan jadual berkala untuk penyelengaraan perparitan?
-
Adakah pejabat ADUN boleh mendapatkan jadual penyelenggaraan tersebut?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi menangani banjir di DUN Jeram?
217) PEMASANGAN PEMANCAR TELEKOMUNIKASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Memandangkan kebanyakan penduduk membantah pemasangan pemancar Telekomunikasi di kawasan perumahan, adakah kerajaan berniat untuk mengehadkan pemasangannya di kawasan luar daripada kawasan perumahan sahaja?
217) KEJADIAN PAIP BOCOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kes kebocoran paip yang berlaku di negeri Selangor pada tahun 2016.
-
Nyatakan jumlah kes kebocoran paip yang berlaku di Balakong pada tahun 2016
-
Jelaskan perancangan AIR Selangor untuk menukarkan paip di kawasan Balakong
217) KERJA-KERJA HARTANAH DI HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah keluasan tanah pertanian yang telah ditukar status menjadi kawasan lot perumahan di Hulu Langat mengikut tahun 2010 hingga 2014?
-
Apakah bentuk kawalan ke atas projek pembangunan hartanah bagi mengelak : berlaku banjir lumpur; tanah runtuh; dan penipuan terhadap pembeli
217) LANGKAH MENINGKATKAN HASIL NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah bagi meningkatkan hasil Negeri Selangor selain daripada cukai dan premium tanah?
-
Jika ada, bolehlah menyenaraikan langkah-langkah tersebut?
217) PUSAT TUISYEN RAKYAT (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelajar yang mengikuti program tersebut?
-
Senaraikan lokasi PTRS mengikut DUN.
-
Berapakah jumlah perbelanjaan program tersebut sehingga kini?
217) DEWAN ORANG RAMAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan untuk membaiki atau menaik taraf dewan orang ramai dan balai raya yang uzur dan terbiar?
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina sebuah dewan orang ramai yang boleh memuatkan 5 atau 6 gelanggang badminton
