218) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dan perancangan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah pengurusan sisa pepejal ekoran peningkatan kepadatan penduduk dan kepesatan pembangunan di Negeri Selangor
-
Apakah terdapat pendekatan teknologi terkini yang canggih dan selamat serta ÓviableÓ yang berpotensi untuk diguna pakai di Selangor
-
Apakah hasil lawatan dan tinjauan yang dibuat di luar negara dalam menangani isu pengurusan sisa pepejal.
218) KEJADIAN BANJIR DI BANGI LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Lebih sepuluh tahun tidak berlaku banjir yang teruk di Bangi Lama, tetapi 22 Mac 2008 dan beberapa hari seterunya berlaku banjir yang agak teruk. Apakah punca utama berlakunya banjir pada kali ini?
-
Apakah langkah-Iangkah bagi mengatasinya
-
Adakah sebarang pampasan diberikan kepada mangsa banjir?
218) PROJEK KEBUN KERANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah keluasan kebun kerang dan bilangan nama peserta di Negeri Selangor setakat bulan Jun 2011?
-
Sila perjelaskan secara detail setakat manakah pencapaian para peserta dalam projek Kebun kerang dalam konteks meningkatkan pendapatan mereka selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh Jabatan Perikanan?
-
Sila nyatakan secara terperinci apakah bentuk insentif dan bantuan yang telah kerajaan salurkan untuk membantu para peserta sejak projek tersebut dilancarkan?
218) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN SUKAN BAGI TAHUN 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Adhif Syan Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kenapa peruntukkan pembangunan sukan dan persediaan SUKMA lebih kecil sedangkan melibatkan lebih dari 30 sukan?
-
Adakah peruntukkan pembangunan sukan ini memadai untuk persiapan menghadapi sukan Malaysia dan menyasarkan kejuaraan sedangkan kebanyakan Negeri pesaing memperuntukkan lebih 10 juta untuk persiapan mereka?
218) PLAZA PERANGSANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Status terkini penyewa di Plaza Perangsang?
-
Apakah usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk memenuhkan penyewa di Plaza Perangsang?
218) PENJAJA KECIL/PASAR MALAM/SIANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membantu para penjaja/peniaga pasar malam supaya di naik taraf peniaga-peniaga kecil ini seperti mengadakan gerai tetap atau lokasi yang tetap dan sebagainya.
-
Adakah bantuan modal kecil seperti bantuan mikro-kredit ditawarkan untuk penjaja-penjaja ini kerana ini boleh mengelakkan mereka berurusan dengan along-along haram?
218) BANTUAN RAWATAN DIALISIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan diperuntukan bagi permohonan bantuan ini setiap tahun?
-
Adakah telah dikenalpasti pusat dialisis sediada mencukupi?
-
Apakah pelan tindakan awal bagi menghadapi peningkatan pesakit ini dari segi kewangan, pusat rawatan dan kesedaran pencegahan pesakit ini?
218) PEMBANGUNAN SEMULA PANTAI BATU LAUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan bersedia untuk menyediakan peruntukkan bagi pembangunan semula kawasan Pantai Batu Laut sepertimana yang telah dicadangkan melalui Majlis Daerah Kuala Langat?
218) KAJIAN DAN PENYELIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kajian dan penyelidikan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Institute Darul Ehsan untuk tahun 2018?
-
Adakah kajian ini diterbitkan untuk makluman umum?
218) BANTUAN INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah status Bantuan Infrastruktur yang berjumlah RM500,000 kepada setiap DUN di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan di bawah projek tersebut?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan program ini?
