218) PENGHAPUSAN DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pesakit jangkitan Denggi sejak bulan Jan 2019 hingga kini.
-
Apakah tindakan akan dilakukan untuk menyelesaikan krisis ini?
218) KAMPUNG BUNGARAYA SEKSYEN U6 SHAH ALAM – JANJI KERAJAAN KEPADA LEBIH 90 KELUARGA SEJAK 1993 (PENEMPATAN)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan yang telah dilakukan sejak 2008 untuk menyelesaikan masalah tersebut?
-
Apakah tindakan kerajaan yang sedang dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
-
Apakah tindakan Kerajaan yang akan dilakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
218) STATUS DAN KEPUTUSAN PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN PAJAKAN 60 TAHUN OLEH TETUAN MARINE KINGDOM SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah keputusan dan status permohonan oleh Tetuan Marine Kingdom Sdn Bhd untuk memohon Lesen Pendudukan Pajakan selama 60 tahun sebagai tapak resort dan pusat pemasaran hasil ikan bagi tujuan pelancongan (tourism), lokasi : Bagan Sungai Lima, Pulau Ketam , Daerah Klang, seluas 5.9 ekar? Surat kepada Pejabat Y.A.B. Dato Menteri Besar Negeri Selangor bertarikh 14 Oktober 2014 dibawah rujukan : MKSB /03/2014 ; dan surat balas daripada Pejabat Menteri Besar Selangor bertarikh 18 Jun 2014 berujukan MB.Sel. 12/4 Jld 12 (58) adalah berkaitan.
218) PRESTASI KEWANGAN KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi kewangan yang merangkumi penyata pendapatan, penyata ekuiti pemilik dan penyata aliran tunai dari tahun 2014-2016.
-
Nyatakan prestasi kewangan yang terbaik dan terburuk dalam sejarah KHSB
218) PENJAJA KECIL/PASAR MALAM/SIANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk membantu para penjaja/peniaga pasar malam supaya di naik taraf peniaga-peniaga kecil ini seperti mengadakan gerai tetap atau lokasi yang tetap dan sebagainya.
-
Adakah bantuan modal kecil seperti bantuan mikro-kredit ditawarkan untuk penjaja-penjaja ini kerana ini boleh mengelakkan mereka berurusan dengan along-along haram?
218) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DI KAMPUNG KOSKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Ini adalah antara projek rumah terbengkalai di dalam DUN saya.apakah status terkini berhubung dengan kelulusan infra?
-
Juga terdapat cadangan untuk projek pembesaran kampung dan juga projek pembesaran jalan utama di kampung terbabit.apakah status terkini?
218) BANTUAN INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Apakah status Bantuan Infrastruktur yang berjumlah RM500,000 kepada setiap DUN di Negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah projek yang telah dilaksanakan di bawah projek tersebut?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan program ini?
218) PRESTASI KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah kedudukan kewangan Kumpulan Hartanah Selangor Berhad?
-
Apakah status membayar balik hutang KHSB kepada Kerajaan Negeri?
218) MASALAH KEKURANGAN BUAH KELAPA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini industri kelapa muda dan tua serta apakah potensi masa depannya ?
-
Sila huraikan keluasan tanah yang diusahakan dengan penanaman pokok kelapa mengikut susunan daerah ? Sila berikan butir-butir
-
Sila nyatakan berapakah jumlah permintaan kelapa muda dan tua setiap hari di Negeri Selangor ?
218) PUSAT KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan yang disalurkan bagi setiap Pusat Kesihatan di setiap daerah di Selangor?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan bagi menaiktaraf Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Desa di kawasan Dun Semenyih?
