220) BAS PERCUMA SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Selangor akan membekalkan Bas Percuma Smart Selangor di DUN Teratai?
-
Berapakah kos tahunan yang terlibat untuk membekalkan bas percuma untuk satu laluan, termasuk gaji pemandu, minyak dan sebagainya?
220) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SABAK BERNAM (JPSSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah JPS bercadang untuk membina sebuah lagi pintu air kedua di Sungai Air Tawar?
-
Bagaimanakah JPS mengalirkan air dari Kampung Tebuk Mufrad ke Kampung Tebuk Jawa yang kerap tenggelam akibat banjir?
220) BANTUAN UNTUK MEMBASMI KEMISKINAN BAGI KAUM CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini untuk membasmi kemiskinan di Kalangan Kaum Cina?
-
Berapakah jumlah wang peruntukan yang telah dibelanjakan setakat hari ini bagi membantu membasmi kemiskinan di kalangan kaum Cina?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk memberi lebih banyak peluang-peluang perniagaan kepada kaum Cina dan jika sekiranya ada, apakah peluang-peluang perniagaan tersebut?
220) USAHAWAN BERTARAF ANTARABANGSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci usahawan yang digilap oleh Kerajaan Negeri sehingga ke peringkat antarabangsa?
-
Nyatakan program Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah usahawan bertaraf antarabangsa?
220) PENGURUSAN SISA PEJAL PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan Selangor dalam penggunaan beg plastik dan pembungkusan polisterin?
-
Apakah rancangan (road-map) kerajaan dalam mengurangkan penggunaan beg plastik dan bahan berpolisterin?
-
Apakah pencapaian kerajaan dalam usaha pengurangan sisa pejal beg plastik dan bahan polisterin?
220) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pengurusan sisa pepejal secara " in-house" setiap PBT?
-
Apakah keberkesanan sistem pelupusan sampah pukal dan sampah kebun di PBT?
-
Apakah garis panduan dan kaedah yang diamalkan dalam pengurusan dan pelupusan sisa binaan?
220) PROGRAM PENDEMOKRASIAN RAKYAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah yang telah dicapai oleh Kerajaan dalam pelaksanaan program pendemokrasian rakyat bagi sesi 2008-2013?
-
Berapakah perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh tersebut?
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap program ini bagi sesi 2013-2018?
220) BUNTING DAN POSTER HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bunting dan poster haram yang telah diturunkan oleh setiap PBT di Selangor pada tahun 2015?
-
Berapa banyak nombor telefon bimbit yang telah diserah kepada SKMM untuk pemotongan perkhidmatan?
220) STATUS TAPAK PEMINDAHAN BAHARU PENIAGA SUSUR UKAY PERDANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status tapak pemindahan baharu yang dijanjikan kepada 39 peniaga yang diusir akibat pembinaan lebuhraya EKVE di susur Ukay Perdana yang telah berlarutan lebih dari 2 tahun?
220) JANJI PEMBINAAN RUMAH ALTERNATIF UNTUK 5 BUAH PELADANG DI BATANG BERJUNTAI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan terkini untuk lebih kurang 300 orang pekerja ladang dari 5 buah ladang (Ladang Mary, Ladang Nigel Gardner, Ladang Sungai Tinggi, Ladang Minyak dan Ladang Bukit Tegar ) di Batang Berjuntai Daerah Kuala Selangor, Selangor yang menuntut pembinaan rumah alternatif oleh Tetuan Berjayacity, anak syarikat Tetuan Berjaya Corporation?
-
Apakah bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor setakat ini untuk membantu para peladang?
