3) PENYAKIT HMFD UNTUK TAHUN INI 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai kanak-kanak di Selangor yang telah dijangkiti penyakit HMFD untuk tahun ini 2018?
-
Apakah langkah-langkah pencegahan bagi memastikan penyakit HFMD dapat dielakkan terhadap anak-anak di tadika-tadika ini?
3) USAHA MEMBASMI KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah kejayaan dicapai dalam usaha Kerajaan Negeri mencapai sifar kemiskinan di kalangan rakyat?
-
Sila perincikan pecahan status berpendapatan miskin mengikut pecahan daerah, sekiranya ada.
-
Apakah langkah yang diambil untuk menaik taraf kehidupan rakyat yang dianggap masih berada di tahap kemiskinan?
3) JAMBATAN LALUAN KE KAWASAN KUBUR KAMPUNG BAHAGIA BUKIT LAGONG SG BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan Pejabat Daerah Tanah Gombak untuk membina jambatan laluan ke kawasan perkuburan Cina di Kampung Bahagia Lagong berhampiran Pusat Rawatan UiTM Sg Buloh ?
3) PERUNTUKAN AHLI MAJLIS MPAJ ZON 24
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja untuk lawatan sambil belajar ke Kelip-Kelip Kuala Selangor pada tahun Nov 2011 sila jelaskan kenapa kos tersebut begitu tinggi dan sila kemukakan semua bukti atau bil.
-
Ahli Majlis MPAJ Zon 24 telah membelanja peruntukkan hiasan bagi Hari Raya Cina 2011 sila kemukakan semua bukti seperti dimanakah lampu ini digantung dan bil.
-
Berapakah jumlah peruntukkan ahli majlis zon 24 digunakan untuk pengubahsuaian pejabat dan adakah kegunaan tersebut dibenarkan? Sila jelaskan.
3) PERUNTUKAN CERIA 2019
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah peruntukan program CERIA membantu pembaikan apartmen kos rendah kos rendah-sederhana untuk tahun 2019?
-
Berapa jumlah bantuan daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan ke Negeri Selangor untuk membantu pembaikan apartmen kos rendah, kos rendah-sederhanapada tahun 2019?
3) MENANGANI ISU BANJIR DI KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah cadangan untuk menaiktaraf sungai di sekitar Kajang seperti Sungai Langat, Sungai Merbau, Sungai Balak dan Sungai Jernih yang sering melimpah akibat hujan lebat?
-
Apakah status pemantauan yang dilakukan terhadap projek MRT yang didapati sebagai antara punca banjir di Kajang?
3) KOMUNITI BERPAGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasi masalah komuniti berpagar di Selangor?
-
Adakah garis panduan semasa akan dinilai semula untuk membuatkannya lebih relevan kepada keperluan komuniti yang diancam jenayah?
3) WIFI SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran pencapaian Wifi Smart Selangor hingga Disember 2017?
-
Apakah tahap liputan Wifi Smart Selangor mengikut pecahan perbandaran dan luar bandar?
-
Apakah rancangan Negeri dalam pengaktifan semula Wifi percuma di balai raya JKKK?
3) PROJEK-PROJEK BANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Selangor telah menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan diskaun Bumiputra bagi projek-projek bangunan dalam negeri dari tujuh (7) peratus ke sepuluh (10) peratus, apakah asas bagi peningkatan ini?
3) STATUS KG KEMENSAH SEBAGAI DESTINASI RASMI PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Sinergi antara wujudnya Zoo Negara dengan dinamisme Kg Kemensah berpotensi menjadikan kawasan rekreasi tersebut destinasi pelancongan berdaya maju. Nyatakan langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk menjadikannya destinasi pelancongan Negeri Selangor.
