3) PELABURAN MENERUSI E-DAGANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah kerjasama serantau bersama syarikat atas talian dan E-Dagang dalam usaha untuk membantu usahawan tempatan berdaya saing di peringkat global?
-
Apakah bentuk unjuran ia akan memberikan pulangan positif?
-
Berapakah jumlah syarikat yang terlibat dan bentuk perniagaan yang dijalankan?
3) COVID-19
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dalam RM yang telah disalurkan oleh Kerajaan Selangor sepanjang tempoh menghadapi penularan COVID-19. Nyatakan pecahan atau tujuan kegunaan dana yang disalurkan.
3) PELAKSANAAN MEMBAIK PULIH TAMAN REKREASI DAN TASIK SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana perancangan ini telah dijalankan?
-
Berapa peruntukan telah disediakan?
-
Bila tarikh mula akan dilaksanakan?
3) MAJLIS PELANCONGAN DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan, halatuju dan objektif penubuhan Majlis Pelancongan Daerah Kuala Selangor yang diwujudkan oleh YAB Dato' Menteri Besar ketika lawatan kerja ke daerah Kuala Selangor?
-
Apakah perancangan jangka panjang jawatankuasa ini serta peruntukan yang disediakan bagi mencapai matlamatnya?
3) ZON INDUSTRI DI MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang haram yang ujud di zon Ðzon ini? Senaraikan.
-
Adakah telah ada perancangan naiktaraf infra jalan dan longkang di Jalan Teratai?
-
Apakah status taraf jalan dan longkang di jalan Salleh yang telah dibangunkan banyak industri?
3) KEJAYAAN PERTANIAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Hasil tanaman padi semakin merosot akibat keadaan cuaca yang tak menentu, apakah insentif Kerajaan Negeri bagi membantu pesawah bagi meringankan beban mereka?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia membantu memberikan subsidi khas bagi melestarikan sumbangan petani dan nelayan yang dihimpit masalah ekonomi keluarga?
-
Keadaan tanah sawah sudah semakin tidak subur akibat penanaman yang berterusan, adakah Kerajaan Negeri telah mempunyai langkah bagi mengatasinya?
3) PENJANAAN TENAGA SOLAR DI BANGUNAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha kerajaan supaya semua bangunan kerajaan menjana tenaga solar untuk keperluan tenaga bangunan tersebut dibawah skim Net Energy Metering yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan?
3) PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI BALAKONG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan secara terperinci jumlah kilang yang dikenal pasti mengakibatkan pencemaran mengikut jenis-jenis pencemaran.
-
Berapakah jumlah kilang atau pemilik kilang yang telah disabit kesalahan, dikenakan kompaun/denda dan dihukum penjara atau diarah berpindah oleh pihak berkuasa?
3) PUSAT INFORMASI PELANCONGAN SEKINCHAN ( TIC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini cadangan pembinaan TIC Sekinchan?
-
Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi yang menyebabkan sehingga kini tiada tindakan susulan?
-
Sila nyatakan berapakah anggaran peruntukan yang akan disalurkan oleh KNS bagi merialisasikan TIC Sekinchan?
3) MMMMMMMMM
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Super Admin
Kategori:
-
Mmmmmm
-
Mmm
-
Mmmm
