29) CUKAI TAKSIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kadar cukai taksiran mengikut kategori perumahan di setiap PBT Selangor
-
Nyatakan jumlah kutipan dan tunggakan cukai taksiran pada tahun 2015 mengikut PBT.
29) TANAH RIZAB ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan keluasan tanah rizab orang asli yang digazetkan sejak May 2013 sehingga sekarang? Senaraikan.
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang dalam proses mendapatkan pelan pra-hitungan dan berapa lama telah diambil?
-
Bagaimanakah kerajaan boleh mempercepatkan proses penggazetan tanah rizab orang asli?
29) PROGRAM JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan bilangan Jom Shopping voucher yang telah diedarkan setiap tahun mengikut DUN.
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Jom Shopping voucher adalah diberi kepada golongan yang miskin?
29) FOOD STAMP
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah yang telah dibelanja untuk program food stamp sejak permulaan program ini?
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang membekalkan barangan-barangan ini
-
Jelaskan demografi penerima-penerima food stamp termaksud saiz keluarga
29) PENYELENGGARAAN RUMAH BERTINGKAT KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan Kerajaan untuk membantu penyelenggaraan rumah bertingkat kos rendah yang sering terabai terutamanya mereka yang gagal menubuhkan JMB
29) HUTAN SIMPAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini keluasan hutan simpan di Selangor ?
-
Nyatakan secara terperinci keluasan hutan simpan yang telah diceroboh untuk kerja-kerja pembangunan dari 2013-2015?
-
Apakah tindakan yang telah dilakukan terhadap penceroboh hutan simpan berkenaan?
29) PENCEMARAN UDARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan index kualiti udara dan air sungai sejak bulan Januari 2020 hingga kini.
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk memastikan kualiti udara dan air sungai adalah dalam tahap yang baik?
29) JUMLAH PELABURAN DARI NEGARA CHINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak lawatan yang dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) ke negeri China. Berapa banyak lawatan kerajaan negeri ke negara China sepanjang 2009, 2010 dan 2011?
-
Berapa banyak pelaburan dari negeri China yang diterima oleh kerajaan negeri sepanjang 2011?
29) INSENTIF PELANCONGAN DI KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif yang boleh dipohon oleh mereka yang berminat untuk menceburi dunia bidang pelancongan khususnya eko-pelancongan yang semakin menarik minat anak-anak muda di daerah Kuala Langat?
29) PARIT BESAR DI BELAKANG PANTAI HOSPITAL KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab atas parit tersebut?
-
Tanah di belakang bangunan beralamat No. 263, Persiaran Raja Muda Musa telah dihakiskan dengan sangat serius sehingga telah hilang kebanyakan tanahnya dan membahayakan bangunan tersebut. Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah tersebut?
