30) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal bagi seluruh PBT Selangor?
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?
30) PROJEK PENGGANTIAN PAIP LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerja-kerja projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang telah siap? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Air Selangor bagi memastikan korekan jalan dan longkang dirosakkan oleh kontraktor semasa penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang akan dipulihkan sepenuhnya.
-
Nyatakan projek penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di kawasan Kuala Kubu Bharu dan Rasa selepas projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang siap.
30) SENARAI MAKLUMAT KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kesemua nama ketua kampung, nombor hubungan dan kawasan mereka di seluruh Negeri Selangor.
30) PENARIKAN BALIK KAD PENGUASA AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR KEPADA SELURUH PENGURUSAN MASJID SEJAK TAHUN 2016. SEHINGGA HARI INI TIDAK ADA SERAHAN SEMULA KEPADA PEGAWAI MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapa dan berapakah pegawai yang diberi kad bagi setiap masjid?
-
Apakah punca penarikan balik dan pembekuan kad kuasa ini?
-
Berapakah peratus kes salah laku gunakuasa kad ini oleh pemegang kad ini?
30) MBI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur organisasi & pentadbiran MBI
-
Nyatakan kos pentadbiran MBI.
-
Apakah sistem pengurusan pada MBI dalam pemantauan urus tadbir GLC?
30) LEBUH RAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah terma perjanjian awal tersebut?
-
Apakah ada risiko saman atas pembatalan tersebut ke atas kerajaan Selangor?
-
Apakah kekuatan kerajaan mempertahankan hak rakyat dalam isu ini?
30) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Penyertaan hanya dihadkan kepada seratus orang murid sahaja. Adakah kerajaan bercadang untuk menambah bilangan pelajar?
-
Setelah mencecah hampir 7 tahun, apakah penambahbaikan yang telah dilaksanakan?
30) DEMAM DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi?
-
Nyatakan kos penyemburan ubat nyamuk mengikut PBT dan bilangan kontraktor yang terlibat (jika ada).
30) PELABURAN ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai pelaburan asing di Neger Selangor dari Januari 2012 hingga Mei 2012 dan tolong senaraikan mengikut Negara.
-
Apakah status kedudukan pelaburan asing di Selangor ini jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia ?
30) ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan statistik terkini jumlah warga orang kurang upaya (OKU) mengikut daerah dan jenis ketidakupayaan.
-
Apakah polisi dan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu dan meperdaya golongan OKU di Negeri Selangor?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan 34A Uniform Building Bylaw (UBBL) untuk memastikan semua bangunan di Selangor adalah mesra OKU? Sila berikan angka-angka.
