30) TANAH BANGLO DI USJ 3B DAN 3D
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
-
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
30) PAJAKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar untuk menentukan nilai dan tempoh pajakan tanah di Selangor?
-
Nyatakan statistik pembaharuan pajakan tanah mengikut daerah di Selangor?
-
Apakah kerana negeri bercadang memberi tempoh pajakan sehingga 999 tahun?
30) PENCEROBOHAN TANAH ORANG ASAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Setakat Hari INI berapakah jumlah kes mahkamah yang melibatkan tanah orang asal diceroboh masih dibawa bicara?
-
Apakah peranan dimainkan kerajaan negeri?
-
Apakah perkembangan kes tanah 200 ekar Kampong orang asal Pulau Kempas diceroboh di kawasan MC 10 mukim tanjong 12?
30) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak bilangan kilang-kilang haram yang telah didaftarkan di bawah Kerajaan Negeri khususnya Pelabuhan Klang?
-
Berapa peratus kah keberjayaan usaha pemutihan yang telah dicapai oleh Kerajaan Negeri dalam menangani masalah kilang-kilang haram?
-
Adakah kilang-kilang haram tersebut yang telah diberi arahan dari Kerajaan Negeri supaya menutup operasi mereka atau berpindah ke satu lokasi yang sesuai dan berapakah bilangannya?
30) PROJEK RUMAH TERBENGKALAI DUSUN DURIAN TONGKAH MORIB
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini mengenai projek terbengkalai yang melibatkan pekerja Ladang Dusun Durian?
-
Apakah tindakan penyelesaikan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri mengenai rumah terbengkalai ini dan bila akan selesai?
30) KEMPEN BEBAS PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik terkini berkenaan kempen pengurangan kegunaan plastik sejak tahun 2008?
-
Apakah cara untuk menambahbaik kempen tersebut?
30) CUKAI TAKSIRAN, LESEN PERNIAGAAN DAN IKLAN TERHADAP KONSESI TOL LEBUH RAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan PBT yang telah mengenakan cukai taksiran, lesen perniagaan dan iklan terhadap pemegang konsesi tol lebuh raya?
-
Berapakah jumlah yang telah dikutip mengikut setiap PBT setakat tahun 2014?
-
Nyatakan konsesi tol lebuh raya yang telah membayar cukai tersebut
30) JKR HULU SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Hulu Selangor bercadang menaiktaraf persimpangan Jalan Pahang - Jalan Ampang Pecah (depan Bangunan MDHS) di Hulu Selangor bagi mengatasi kesesakan lalulintas terutamanya waktu puncak? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Adakah JKR Hulu Selangor akan melaksanakan kerja-kerja tebatan banjir di Jalan Batang Kali - Ulu Yam Baru (depan Econsave) pada tahun ini? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
30) MASALAH ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan PBT untuk menangani isu penjualan arak di kedai serbaneka/runcit secara haram/tanpa lesen?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberikan lesen kepada premis perniagaan untuk hanya menjual arak sahaja?
-
Adakah PBT mengambil tindakan serius ke atas premis-premis yang menjual arak selepas jam 9 malam?
30) PENGASINGAN PRODUK HALAL DAN TIDAK HALAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri memastikan premis perniagaan mengasingkan produk halal dan tidak halal?
-
Nyatakan tindakan Kerajaan Negeri kepada peniaga yang ingkar.
