30) PEMBINAAN DAN MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DAN PERPARITAN OLEH PIHAK JKR, JPS DAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menangani isu ÒRed TapeÓ dalam agensi-agensi kerajaan di peringkat Negeri terutamanya JKR, JPS dan PBT yang melibatkan masalah sistem saliran dan perparitan?
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menyeragamkan kerja-kerja di antara agensi kerajaan seperti JPS, JKR dan MPK?
30) DEMAM DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan jangka pendek dan jangka panjang Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi?
-
Nyatakan kos penyemburan ubat nyamuk mengikut PBT dan bilangan kontraktor yang terlibat (jika ada).
30) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan Bantuan Sokongan Keluarga untuk biaya nafkah anak bagi pasangan Islam yang bercerai?
-
Apakah status 2019 orang ibu tunggal yang menyaman kerajaan negeri tetapi ditolak oleh mahkamah?
30) PRESTASI KDEB WASTE MANAGEMENT SDN BHD (KDEBWM) MENGURUSKAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan kepada KDEBWM untuk menguruskan pungutan sisa pepejal bagi seluruh PBT Selangor?
-
Apakah jumlah peruntukan dan kos perbelanjaan ke tapak pelupusan sampah pada tahun 2017, 2018, 2019 mengikut setiap pihak berkuasa tempatan?
30) KAWALAN ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri dikatakan menggunakan pendekatan self regulatory (kawalan sendiri) oleh premis jualan bagi kawalan penjualan arak terhadap orang Islam. Sejauh manakah mekanisme ini berjaya dilaksanakan?
-
Adakah ini bermaksud pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak lagi berkuasa?
30) PROJEK PENGGANTIAN PAIP LAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerja-kerja projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang telah siap? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Nyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh Air Selangor bagi memastikan korekan jalan dan longkang dirosakkan oleh kontraktor semasa penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang akan dipulihkan sepenuhnya.
-
Nyatakan projek penggantian paip lama yang akan dilaksanakan di kawasan Kuala Kubu Bharu dan Rasa selepas projek penggantian paip lama di Kg Asam Kumbang siap.
30) SENARAI MAKLUMAT KETUA KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan kesemua nama ketua kampung, nombor hubungan dan kawasan mereka di seluruh Negeri Selangor.
30) PENARIKAN BALIK KAD PENGUASA AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR KEPADA SELURUH PENGURUSAN MASJID SEJAK TAHUN 2016. SEHINGGA HARI INI TIDAK ADA SERAHAN SEMULA KEPADA PEGAWAI MASJID
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Siapa dan berapakah pegawai yang diberi kad bagi setiap masjid?
-
Apakah punca penarikan balik dan pembekuan kad kuasa ini?
-
Berapakah peratus kes salah laku gunakuasa kad ini oleh pemegang kad ini?
30) PROJEK HORAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci status terkini Projek HORAS?
-
Apakah faktor yang menyebabkan pelaksanaan HORAS tergendala?
30) PENGANGKUTAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah-masalah pengangkutan yang sering kali dihadapi oleh para penduduk di Negeri Selangor?
-
Di manakah jalanraya-jalanraya yang paling sesak sepanjang masa di dalam Negeri Selangor pada masa kini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi mengatasi masalah kesesakan jalanraya-jalanraya di Negeri Selangor pada masa kini?
