31) PASAR AWAM DUN SENTOSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membina pasar awam di DUN Sentosa?
31) GERAN SELANGORKU Ð DARI KEBAJIKAN KEPADA PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah objektif-objektif yang digariskan bagi program ini?
-
Bagaimanakah geran RM20 juta ini akan disalurkan?
-
Apakah institusi-institusi serta penempatan latihan vokasional dan kemahiran yang telah disenaraikan oleh Kerajaan Negeri?
31) PROGRAM BANTUAN BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Apakah prosedur dan masa yang perlu diambil untuk kelulusan Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
-
Apakah perancangan Kerajaan untuk menambahbaik program ini?
31) PENULARAN PENYAKIT TB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes penyakit TB yang telah disahkan di negeri Selangor?
-
Apakah punca-punca penyakit ini menular semula di negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi mencegah penularan penyakit ini di negeri Selangor?
31) PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah program-program yang telah dijalankan untuk memupuk budaya membaca di Selangor?
-
Berapa banyak koleksi buku-buku di perpustakaan-perpustakaan di bawah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan perpustakaan-perpustakaan PBT di seluruh Selangor mengikut Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil?
31) PENGURUSAN SAMPAH DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan masih meneruskan cadangan untuk menguruskan masalah sampah pepejal di setiap kampung yang teruk menghadapi masalah tersebut sekarang?
-
Jika ya, bilakah akan dimulakan dan pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan?
31) AKTIVITI KEDAI MESIN JUDI / RUMAH URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Kegiatan mesin judi serta rumah urut makin berleluasa di kawasan Pelabuhan Klang. Mengapakah pihak PBT tidak mengambil tindakan segera dalam membendung dan menangani permasalahan ini?
-
Apakah peniaga-peniaga tersebut mempunyai lesen perniagaan yang sah?
-
Sila nyatakan senarai terkini peniaga-peniaga tersebut di kawasan Pelabuhan Klang?
31) TUNGGAKAN BIL AIR PANGSAPURI TAIPAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada Usul No. 19 Tahun 2010 berkenaan ÓTunggakan Bil Air Pangsapuri TaipanÓ: Apakah jawapan SYABAS terhadap saranan Kerajaan Negeri melalui LPHS bagi penyelesaian masalah tersebut?
-
Berapakah pertambahan tunggakan bil air bagi tahun 2010?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah kebocoran air bagi jangka masa panjang?
31) PENGUATKUASAAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah terdapat perbezaan di antara PBT dalam kerja-kerja penguatkuasaan walaupun tergolong dalam kategori Majlis Perbandaran?
-
Apakah tindakan yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan terhadap premis perniagaan yang beroperasi tanpa tong sampah?
-
Mampukah kerajaan Negeri membekalkan tong sampah kepada Majlis Perbandaran yang tidak mempunyai bajet?
31) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan untuk penyediaan Rumah Mampu Milik? Apakah perbezaannya dengan Rumah Kos Rendah dan berapa unit yang sudah dibina?
