33) PEMBANGUNAN KAWASAN SABAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini projek perumahan rakyat di Taman Air Manis Sabak Bernam yang dijalankan oleh PNSB dan apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini memberi nilai kepada penduduk setempat untuk diberi peluang memiliki rumah mampu milik tersebut?

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina pintu gerbang yang memisahkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak di kawasan Sabak?

    Klik jawapan »

  3. Kompleks Stadium Sabak Bernam mempunyai tanah yang belum dibangunkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan sebuah kolam renang awam bagi kegunaan penduduk Sabak?

    Klik jawapan »

33) OPERASI PERNIAGAAN BESI BURUK DI KAWASAN BUKAN INDUSTRI

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Bertulis


  1. Perniagaan besi buruk dan barangan kitar semula sudah lama diminta untuk berpindah ke lot industri untuk menyambung perniagaan mereka. Tetapi masih terdapat perniagaan ini masih dijalankan di kawasan perumahan, pasar dan berhampiran kedai makan. Sebagai contohnya perniagaan besi buruk Ò BOSS METALÓ di Pekan Subang berhampiran dengan Pasar Pekan Subang . Berapa bilangan kompaun dan notis mengosongkan tanah yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan Pejabat Tanah sehingga kini ?

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk memindahkan perniagaan ini yang masih berdegil untuk pindah ke lot industri.

    Klik jawapan »

33) PETANI / PESAWAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan beberapa strategi untuk menambah pendapatan pesawah melalui program pelbagai kegiatan ekonomi. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diluluskan dalam tahun 2010 mengikut jenis program tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah bilangan petani yang disasarkan dalam program pelbagaikan kegiatan ekonomi tersebut mengikut daerah-daerah?

    Klik jawapan »

33) MANFAAT ANAK PRA SEKOLAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut


  1. Status perlaksanaan program bantuan RM50.00 sebulan seorang untuk pendidikan pra-sekolah pasca PRU13 adalah diteruskan. Pada perlaksanaan penggal lepas, adakah kesemua pendidikan pra sekolah yang layak ini telah menerima manfaat bantuan RM50 sepenuhnya?

    Klik jawapan »

  2. Bagaimanakah cara kerajaan menyampaikan bantuan ini kepada setiap penerima.

    Klik jawapan »

  3. Nyatakan jumlah mereka yang layak menerima bantuan tersebut mengikut daerah, Parlimen dan DUN?

33) JANJI KERAJAAN PAKATAN MENGURANGKAN CUKAI PINTU KEDIAMAN SEBANYAK 20% DAN CUKAI PREMIS KOMERSIL SEBANYAK 10%

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status janji tersebut?

  2. Berapakah jumlah pengurangan kutipan jika janji ini dilaksanakan mengikut PBT?

33) DASAR KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Masih terdapat sebahagian jabatan-jabatan yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan rakyat sehingga menjejaskan nama baik kerajaan. Apakah tindakan kerajaan kepada jabatan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sub-soalan telah di tolak

33) PENCEROBOHAN TANAH DI SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah tanah kerajaan Selangor yang telah dicerobohi?

    Klik jawapan »

  2. Adakah kerajaan berniat untuk menubuhkan unit khas bagi memantau dan bertindak dengan lebih berkesan isu-isu pencerobohan tanah kerajaan di Selangor.

    Klik jawapan »

33) KUALITI AIR TASIK BEKAS LOMBONG

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis


  1. Bagaimanakah kerajaan mengesahkan bahawa kualiti air yang dipamkan dari beberapa tasik bekas lombong ke dalam Sungai Selangor adalah selamat untuk dirawat oleh LRA?

    Klik jawapan »

  2. Lampirkan laporan-laporan yang berkenaan.

    Klik jawapan »

33) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah peruntukan PWB dihadkan sebahagian kepada "Capacity Program" semata-mata?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan supaya lebih agihan peruntukan kepada program komuniti dapat yang kini hanya berbaki sekitar RM20k setahun berbanding RM30k sebelum ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah perancangan untuk kembalikan program mamogram dibawah pengurusan PWB?

    Klik jawapan »

33) PELABURAN ASING

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Akibat dari masalah ekonomi yang melanda negara, apakah wujud penarikan balik pelaburan oleh pelabur-pelabur asing di Selangor?

    Klik jawapan »

  2. Jika berlaku, apakah kesannya kepada ekonomi Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Apakah insentif yang disediakan kerajaan negeri untuk menarik pelabur asing kekal melabur di Selangor?

    Klik jawapan »