33) PEMBANGUNAN KAWASAN SABAK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis


  1. Apakah status terkini projek perumahan rakyat di Taman Air Manis Sabak Bernam yang dijalankan oleh PNSB dan apakah rancangan pihak Kerajaan Negeri bagi memastikan projek ini memberi nilai kepada penduduk setempat untuk diberi peluang memiliki rumah mampu milik tersebut?

  2. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membina pintu gerbang yang memisahkan antara Negeri Selangor dan Negeri Perak di kawasan Sabak?

    Klik jawapan »

  3. Kompleks Stadium Sabak Bernam mempunyai tanah yang belum dibangunkan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membangunkan sebuah kolam renang awam bagi kegunaan penduduk Sabak?

    Klik jawapan »

33) SMART SELANGOR

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Mulut


  1. Apakah rasional dan matlamat gagasan SMART Selangor? Nyatakan tempoh perlaksanaannya dan apakah kesan yang dijangka daripada inisiatif ini?

    Klik jawapan »

33) DASAR KERAJAAN NEGERI

Tahun:

Sesi:

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Mulut


  1. Masih terdapat sebahagian jabatan-jabatan yang tidak dapat menyelesaikan permasalahan rakyat sehingga menjejaskan nama baik kerajaan. Apakah tindakan kerajaan kepada jabatan tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Sub-soalan telah di tolak

33) HUTANG SYARIKAT TALAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri telah mengambil alih hutang syarikat Talam bernilai RM 392 juta dan dijangka dapat mengutip balik hutang tersebut dengan segera. Apakah status terkini jumlah hutang yang telah dikutip?

    Klik jawapan »

  2. Jika bayaran juga terdapat bentuk pengambilalihan aset hartanah, berapakah nilai aset tersebut dan nilai kutipan tunai?

    Klik jawapan »

  3. Adakah kerajaan bercadang untuk mengeluarkan kertas putih sebagai tanda ketelusan?

    Klik jawapan »

33) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun:

Sesi:

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah peruntukan PWB dihadkan sebahagian kepada "Capacity Program" semata-mata?

    Klik jawapan »

  2. Apakah perancangan supaya lebih agihan peruntukan kepada program komuniti dapat yang kini hanya berbaki sekitar RM20k setahun berbanding RM30k sebelum ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah perancangan untuk kembalikan program mamogram dibawah pengurusan PWB?

    Klik jawapan »

33) PERUNTUKAN MARRIS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang diterima oleh kerajaan negeri sehingga suku tahun terakhir 2014?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS yang telah dibelanjakan mengikut kawasan sehingga suku tahun terakhir 2014

    Klik jawapan »

  3. Apakah langkah yang diambil kerajaan negeri untuk memastikan peruntukan ini dibelanjakan keseluruhannya?

    Klik jawapan »

33) PROJEK TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan kerajaan Selangor dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai di Desa Salak Indah dan Kampung Lanjut?

    Klik jawapan »

33) SJKC SG LONG DAN SJKC KAJANG 2

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Berikutan pengumuman pihak Lembaga Pengarah SJKC Sg Long dan SJKC Kajang 2 bahawa kos pembinaannya yang disalurkan oleh kerajaan pusat mungkin tidak mencukupi, apakah rancangan kerajaan untuk membantu pembinaan kedua-dua sekolah tersebut agar pembinaannya tidak terbengkalai ?

    Klik jawapan »

33) MASALAH PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan Negeri mempunyai satu senarai projek-projek perumahan yang terbengkalai di negeri ini. Usaha untuk mengatasi masalah ini adalah merupakan suatu usaha yang berlarutan. Ada projek yang telah dapat disiapkan namun masih banyak lagi projek-projek yang masih belum diselesaikan disebabkan masalah-masalah tertentu. Adakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah ini agar tidak berlarutan tanpa sebarang penyelesaian?

    Klik jawapan »

33) JALAN ROSAK DAN LAMPU JALAN TIDAK MENYALA

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Mulut


  1. Penduduk Alam Jaya mengadu berkaitan jalan masuk ke Taman Alam Jaya yang rosak teruk. Apakah langkah-langkah yang sudah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah tersebut?

    Klik jawapan »

  2. Lampu Jalan di jalan masuk ke Taman Alam Jaya juga tidak berfungsi dan menimbulkan kebimbangan penduduk pada waktu malam. Apakah tindakan Kerajaan Negeri setakat ini?

    Klik jawapan »