34) PEMBANGUNAN SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Pembangunan sektor pelancongan merupakan langkah terbaik dalam menangani krisis kemelesetan ekonomi negara serta penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Bagaimanakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor dan tindakan seterusnya?
34) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM 50 BILION KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM 50 Bilion pada tahun 2009 meliputi lima langkah utama. Berapa banyak yang telah dibelanjakan daripada RM 50 bilion tersebut dan dari mana sumbernya?
-
Apakah perkembangan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan tersebut?
-
Adakah impak pakej tersebut pada sosioekonomi rakyat setelah dua tahun setakat kini?
34) SETINGGAN SIFAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Sejajar dengan sasaran kerajaan terdahulu mencapai "Setinggan Sitar", sejauh manakah perkembangan proses pemindahan setinggan ini?
-
Sehingga hari ini berapa banyak lagikah penempatan setinggan yang masih dalam proses pemindahan dan bagaimanakahcara perlaksanaannya
-
Apakah langkah-Iangkah positit yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menjamin hak-hak asasi golongan berpendapatan rendah agar mereka tidak tertindas akibat kempen itu?
34) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran yang masih belum digunakan mengikut kategori masing-masing dan apakah projek-projek yang telah diluluskan?
34) MESYUARAT PENUH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya ADUN dan ahli parlimen bukan sahaja sebagai pemerhati dalam mesyuarat penuh di setiap majlis tetapi diberi kuasa untuk memberi pandangan sebagai penambahbaikan ?
34) MISI BANTUAN PANTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa misi bantuan telah dilakukan oleh PANTAS sejak ia ditubuhkan?
-
Senaraikan jenis bantuan dan jumlah peruntukkan yang diperolehi bagi setiap misi bantuan yang dibuat
34) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi JMB yang telah ditubuhkan setakat ini?
-
Apakah langkah bagi memastikan JMB yang dibentuk mendapat kerjasama penduduk?
34) KEBERSIHAN KESELURUHAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
-
Status terkini penggubalan Enakmen Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor.
-
Status terkini penyediaan Pelan Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu Negeri Selangor yang akan menentukan kaedah pengurusan dan pelupusan yang efektif
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas tanah TOL yang tidak diusahakan?
34) PERSEDIAAN MENGHADAPI ISU ‘AGEING SOCIETY’
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar ekonomi berkebajikan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani masalah ageing society?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki kemudahan awam untuk menangani masalah ageing society?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah pusat aktiviti warga emas di Selangor?
34) MANIFESTO PUSAT SUKAN DAN REKREASI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pelaksanaan manifesto tersebut?
-
Berapakah bilangan pusat sukan dan rekreasi belia yang telah dibina di Selangor dari 2008 hingga 2012 pecahan mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membina pusat sukan dan rekreasi tersebut?
