34) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI RM 50 BILION KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan negeri telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi RM 50 Bilion pada tahun 2009 meliputi lima langkah utama. Berapa banyak yang telah dibelanjakan daripada RM 50 bilion tersebut dan dari mana sumbernya?
-
Apakah perkembangan projek-projek di bawah Pakej Rangsangan tersebut?
-
Adakah impak pakej tersebut pada sosioekonomi rakyat setelah dua tahun setakat kini?
34) PASUKAN KAWALAN KESELAMATAN KAMPUNG (PKK) JKKK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah matlamat dan peranan penubuhan pasukan ini serta bajet kewangan yang diluluskan?
-
Bagaimanakah pasukan ini beroperasi tanpa peruntukan kewangan tahunan?
-
Berapakah peruntukan tahunan yang telah diserahkan?
34) PERTANIAN KAWASAN SABAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk kampung tradisi yang bergantung hasil kepada pertanian dan komoditi seperti kelapa, kelapa sawit, dan padi? Apakah Kerajaan Negeri ada menyediakan skim bantuan pemulihan tanah sawah yang sudah berasid akibat penggunaan racun dan baja?
-
Apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pengurangan hasil sawah padi akibat daripada serangan penyakit dan apakah alternatif Kerajaan bagi membantu pesawah supaya pendapatan mereka tidak terjejas akibat daripada serangan penyakit?
34) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah geran yang masih belum digunakan mengikut kategori masing-masing dan apakah projek-projek yang telah diluluskan?
34) LEMBU TERBIAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat tindakan segera kepada penternak yang membiarkan lembu terbiar sehingga membahayakan orang awam?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani lembu-lembu terbiar tidak bertuan?
-
Apakah tindakan kerajaan dalam menangani isu kewujudan kandang-kandang lembu yang dibina secara haram terutama diatas tanah kerajaan?
34) MENANGANI MASALAH PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang lembap, peluang pekerjaan menguncup, sedangkan golongan pencari kerja bertambah di Selangor: i. Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi menghadapi suasana ini? ii. Apakah usaha-usaha yang diambil untuk menyediakan peluangpeluang pekerjaan terutama kepada golongan belia?
34) MISI BANTUAN PANTAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Berapa misi bantuan telah dilakukan oleh PANTAS sejak ia ditubuhkan?
-
Senaraikan jenis bantuan dan jumlah peruntukkan yang diperolehi bagi setiap misi bantuan yang dibuat
34) PROJEK MARRIS DI DUN TERATAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan projek yang dijalankan dengan peruntukkan Marris di DUN Teratai. Sila nyatakan kos untuk setiap projek dan spesifikasinya.
34) PROGRAM HIJRAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri untuk menjayakan Program Hijrah pada tahun 2016?
-
Nyatakan jumlah bantuan yang telah diberikan kepada peserta Program Hijrah pada tahun 2015?
34) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah prestasi JMB yang telah ditubuhkan setakat ini?
-
Apakah langkah bagi memastikan JMB yang dibentuk mendapat kerjasama penduduk?
