34) TAPAK PERKUBURAN CINA SEPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Urusan permohonan tapak baru perkuburan Cina Sepang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor yang lepas. Apakah perkembangan terkini?
-
Bilakah tapak ini boleh diguna pakai?
34) SKIM BANTUAN MAKANAN FOODSTAMP
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Adakah tanda aras penilaian ketepatan masa dan kualiti bekalan makanan oleh pembekal?
-
Berapakah bilangan dan siapa pembekal yang dilantik?
-
Apakah penambahbaikan nilai dan kaedah serahan bantuan makanan kepada penerima?
34) KESIHATAN UNTUK ORANG ASLI
Tahun:
Sesi:
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah Orang Asli mengikut daerah di Negeri Selangor yang telah menerima Kad Peduli Sihat.
-
Sila nyatakan jenis perkhidmatan kesihatan yang digunakan oleh kaum Orang Asli dengan Kad Peduli Sihat.
-
Apa cadangan penambahbaikan perkhidmatan kesihatan untuk Orang Asli Selangor?
34) GLC KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah GLC Kerajaan Negeri.
-
Senaraikan nama wakil yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah berserta dengan jumlah emolumen yang dibayar kepada mereka masing- masing.
34) TERMINAL BAS DAN TEKSI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Amnya di Pelabuhan Klang terdapat sebuah terminal bas dan teksi bagi kegunaan masyarakat setempat dan pelancong asing tetapi fasiliti tidak dapat digunakan sepenuhnya. Apakah usaha yang diambil oleh Pihak Berkuasa Tempatan bagi menghidupkan semula kawasan tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri turut membantu dalam memajukan stesen bas di Pelabuhan Klang dan kawasan sekitarnya?
-
Nyatakan perancangan yang telah atau akan dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi menaiktarafkan kawasan tersebut?
34) RUMAH SELANGORKU YANG SIAP
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang telah diserah kunci kepada pemilik pada 2018 dan 2019.
-
Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang dijangka siap untuk diduduki pada 2019, 2020, 2021 dan 2022.
34) PENGGUNAAN AIR DOMESTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bilangan akaun domestik yang mempunyai purata gunaan air dibawah 20m3, antara 20m3 dan 35m3 dan yang melebihi 35m3.
-
Sila beri pecahan tersebut mengikut daerah
34) BANTUAN KEWANGAN KEPADA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan tarikh penyerahan bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan.
-
Senaraikan sekolah-sekolah yang telah diluluskan mengikut DUN.
34) GEJALA SOSIAL DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah seriusnya gejala sosial dan kesalahan moral berlaku di Selangor?
-
Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi mengatasinya?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menangani gejala ibu mengandung tanpa nikah dan buang bayi di Negeri Selangor?
34) PRESTASI PERBELANJAAN GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Bajet 2012 Selangor memperuntukkan Geran ÔSelangorku' dengan jumlah RM300 juta bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Bagaimanakah prestasi perbelanjaan geran RM300 juta tersebut?
-
Nyatakan kategori, projek atau program serta kos yang telah dibelanjakan?
-
Apakah kayu ukur keberhasilan atau impak perbelanjaan geran tersebut?
