37) DASAR MEMBANTU WANITA BEKERJAYA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bilakah dan adakah kerajaan akan menetapkan dasar yang lebih ketat terhadap pasaraya-pasaraya besar dan kawasan komersial untuk menyediakan tempat penyusuan ibu dan kemudahan taska, taski, tadika dan sebagainya?
-
Nyatakan bilangan taska, taski dan tadika serta bilangan ibu yang telah menerima manfaat daripada program Tunas sejak permulaannya sehingga sekarang.
37) SKIM PEMILIKAN TANAH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan bercadang melaksana Skim Pemilikan Tanah Kerajaan dengan mengenal pasti pendudukan atas tanah TOL (Temporary Accupancy License) lebih dari 10 tahun untuk diberi hak milik kekal. Berapakah keluasan tanah TOL yang layak diberikan hakmilik di seluruh negeri Selangor mengikut Daerah dan adakah ianya termasuk kawasan rezab kiri dan kanan JPS atau JKR.?
-
Berapakah jumlah mereka yang bakal menerima manfaat ini?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang mengenakan kadar premium tanah yang rendah untuk mereka yang di tawarkan?
37) FENOMENA AIR PASANG BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan kebarangkalian berlaku fenomena tersebut dalam setahun?
-
Sila senaraikan kampung-kampung yang terkena tempias fenomena air pasang besar baru-baru ini?
-
Sila nyatakan apakah pelan perancangan holistik yang dilakukan bagi mencegah kejadian ban pecah daripada terus berulang?
37) PENGGERAK BELIA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai nama ketua setiap PeBT dan laporan lengkap prestasi setiap ketua Penggerak Belia Tempatan tahun 2015.
-
Sila kemukakan senarai program yang telah / akan dijalankan untuk golongan Belia pada tahun 2015.
37) PINJAMAN WANG KERAJAAN NEGERI KEPADA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah mengemukakan garis paduan lengkap untuk MPAJ supaya MPAJ dapat menukarkan pinjaman wang Kerajaan Negeri kepada geran?
-
Berapakah peruntukan atau pinjaman yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada MPAJ untuk menyelesaikan masalah cerun setakat April 2014
37) RANCANGAN PEMBINAAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan dan garis masa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti balai bomba, balai polis, pusat kesihatan setempat dan lain-lain di Bandar Puncak Alam?
37) PERSATUAN BOLA SEPAK (FAS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan untung rugi dan jumlah aset serta liabiliti Persatuan Bola Sepak (FAS) bagi setiap tahun sepanjang lima tahun yang lepas. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk melaksanakan audit kewangan ke atas FAS?
37) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sila nyatakan aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2018 sehingga kini di DUN Sentosa dan nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MPK dan MBSA?
-
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?
37) PERLAKSANAAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah ada halangan PBT, untuk melaksanakan ke atas jalan-jalan JKR, kampung dan Pertanian?
-
Peruntukan yang tinggi kepada PBT setiap DUN. Adakah PBT dibenarkan untuk MARRIS Jalan Luar Bandar & desa?
-
Memastikan peruntukan dibelanja dalam tahun kewangan. Adakah audit dilaksanakan?
37) BALAI RAYA DAN DEWAN UNTUK KEGUNAAN ORANG RAMAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Warno Bin Dogol
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah balai raya di kawasan kampung dan Taman-Taman di seluruh negeri Selangor. Apakah perancangan dalam jangka masa terdekat terhadap kemudahan awam tersebut?
-
Sejak akhir-akhir ini sedang berlaku kerja-kerja menukar nama balai raya kepada Balai JKKK(di Sabak Bernam). Apakah rasional tindakan tersebut? Bukankah ini akan mengganggu aktiviti kemasyarakatan penduduk setempat.
