37) SUKMA 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah visi kontinjen Negeri Selangor terhadap Sukma 2015 yang akan datang?
37) MASALAH PEKERJA-PEKERJA LADANG NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan sehingga kini berapakah jumlah ladang dan bilangan pekerja ladang yang terpaksa dipindahkan akibat projek pembangunan sejak tahun 2005 hingga 2009 ?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan tahap dan mutu pendidikan pekerja ladang tidak begitu memuaskan dan jarang diberi perhatian penuh oleh pihak Kementerian Pelajaran ?
-
Sila nyatakan apakah jenis bantuan dan latihan yang disalurkan oleh Kerajaan apabila seseorang pekerja ladang yang dibuang kerja dan hilang mata pencariannya ?
37) GELANGGANG SUKAN FUTSAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukkan diluluskan dalam STANCO Sukan atau disalurkan kepada Pejabat Daerah / Tanah untuk menaik taraf gelanggang Futsal di Negeri Selangor?
-
Sila nyatakan nama tempat gelanggang futsal di setiap Daerah yang telah dan belum dinaiktaraf?
37) RANCANGAN PEMBINAAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN AWAM DI BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai pelan tindakan dan garis masa untuk menyediakan kemudahan-kemudahan awam seperti balai bomba, balai polis, pusat kesihatan setempat dan lain-lain di Bandar Puncak Alam?
37) ADUAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah Inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sila nyatakan aduan yang diterima oleh Majlis Perbandaran Klang dan Majlis Bandaraya Shah Alam mengikut kategori dan jenis aduan daripada tahun 2018 sehingga kini di DUN Sentosa dan nyatakan berapakah jumlah aduan yang dapat diselesaikan oleh pihak MPK dan MBSA?
-
Apakah kaedah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membaikpulih masalah infra di jalan-jalan JKR di Daerah Klang?
37) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah gelanggang futsal di seluruh kawasan DUN Sentosa mengikut pecahan taman.
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi peruntukan bagi pembinaan gelanggang tersebut? Sila pecahkan peruntukan Persekutuan dan Negeri.
37) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG DAN SEMENYIH-2
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan status terkini kedua-dua LRA tersebut.
-
Sila huraikan apakah kekangan yang dihadapi dalam proses mempercepatkan pembinaan LRA tersebut
-
Sila nyatakan apakah peranan utama kedua-dua LRA dalam konteks memperkasakan perkhidmatan industri air Selangor
37) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan unit rumah Selangorku pelbagai jenis yang telah siap dan diduduki semenjak ia dilancarkan.
-
Berapa unitkah sasaran Kerajaan Negeri untuk rumah Selangorku disiapkan sehingga tahun 2021?
37) HARGA BARANGAN NAIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil bagi membantu keluarga-keluarga yang tidak mampu untuk hadapi masalah harga barangan naik?
-
Apakah program bantuan makanan bagi golongan miskin yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri?
37) LAWATAN KE LUAR NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua lawatan ke luar negara yang dibuat oleh PBT-PBT untuk tahun 2014-2016.
-
Sila butirkan tujuan, kos dan nama peserta bagi setiap lawatan tersebut
