37) PENULARAN WABAK DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan khususnya DUN Sentosa?
-
Sejauh manakah keberkesanan pihak KDEB dalam menangani isu kebersihan awam?
37) PREMIUM TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah hasil Kerajaan Negeri Selangor dalam wang ringgit dan peratusan yang diperolehi daripada kutipan premium tanah bagi tahun 2005-2015.
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bank tanah Selangor adalah mencukupi dan mampan?
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menjana sumber hasil yang baru selain bergantung kepada hasil tanah seperti premium tanah dan cukai tanah?
37) BEKAS KOLAM UDANG DI MUKIM API-API KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah caranya bekas kolam udang berkenaan di baik pulih oleh pihak bertanggungjawab?
-
Sudah diaturkan gerak kerja untuk penanaman semula benih-benih pokok kayu bakau yang baharu jika kawasan berkenaan mahu dijadikan semula kawasan pemuliharaan alam sekitar?
37) MASJID TAMAN TUN TEJA, RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Bilakah dan berapa jumlah peruntukan yang diluluskan untuk membina Masjid Taman Tun Teja?
-
Apakah jadual kerja pembinaan masjid ini yang telah ditetapkan?
37) DANA PERTUBUHAN AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Apakah matlamat dan tujuan penubuhan dana ini?
-
Berapakah jumlah dana yang diperuntukkan dan sila perinci kan kaedah pemberiannya?
37) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR?
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC pada tahun 2015
-
Berapakah nilai sumbangan setiap anak syarikat / GLC kepada kewangan negeri pada tahun 2015?
37) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG HARAM DI DUN SENTOSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua kilang yang telah diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri dan MPK yang mempunyai aduan penduduk setempat.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai senarai kilang haram yang dilaporkan kepada PBT?
-
Senaraikan tindakan yang telah diambil untuk menangani isu pembakaran terbuka oleh PBT di DUN Sentosa.
37) KUTIPAN CUKAI PETAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah sasaran kutipan cukai petak untuk tahun 2020 dan 2019?
-
Berapakah banyak telah dikutip sehingga sekarang untuk tahun 2020 dan jumlah kutipan untuk tahun 2019?
-
Berapakah banyak jumlah keseluruhan telah dikutip sejak permulaan sehingga sekarang?
37) DASAR MEMBANTU WANITA BEKERJAYA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Bilakah dan adakah kerajaan akan menetapkan dasar yang lebih ketat terhadap pasaraya-pasaraya besar dan kawasan komersial untuk menyediakan tempat penyusuan ibu dan kemudahan taska, taski, tadika dan sebagainya?
-
Nyatakan bilangan taska, taski dan tadika serta bilangan ibu yang telah menerima manfaat daripada program Tunas sejak permulaannya sehingga sekarang.
37) PROJEK MARRIS – DUN KOTA DAMANSARA N39
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan untuk tempoh 5 tahun lepas bagi DUN Kota Damansara N39 (melibatkan MBSA, MBPJ)?
-
Kemanakah peruntukan tersebut telah digunakan secara terperinci (kawasan,siapa kontraktor dan kos)?
-
Apakah projek yang sedang berjalan dan baki peruntukan untuk tahun 2019?
