38) PENILAIAN TERHADAP AHLI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah prestasi ahli-ahli PBT pada keseluruhan?
-
Adakah dari kalangan mereka diberhentikan?
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap yang kurang memuaskan, tapi dikekalkan?
38) PENYELESAIAN KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang terdapat di DUN Meru?
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang telah berjaya diselesaikan di DUN Meru?
-
Senaraikan kilang-kilang haram yang sedang dalam proses 'pemutihan'?
38) PERKEMBANGAN PERDAGANGAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah perdagangan negeri Selangor di luar Negara bagi tahun 2008. Sila nyatakan butiran.
-
Sila nyatakan 10 negara terbesar yang menjadi rakan dagang negeri Selangor
-
Sila nyatakan strategi kerajaan untuk meningkatkan jumlah perdagangan di negeri Selangor bagi tahun 2009.
-
Apakah jumlah kos perbelanjaan yang terpaksa digunakan untuk meningkatkan dan mempromosikan perdagangan di negeri Selangor bagi tahun 2009.
38) PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jenis dan projek pelaburan yang di laksana oleh PNSB dan anak syarikat di bawahnya?
-
Nyatakan perolehan dan keuntungan bersih PNSB dan anak syarikat pada tahun 2008 hingga 2013?
38) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Badan Pengurusan Bersama atau ÒJoint Management BodyÓ (JMB) telah dilaksanakan oleh sesetengah pemaju tetapi kurang mendapat sambutan kerana pelbagai masalah sama ada dari penduduk ataupun pemaju. Setakat ini, berapakah jumlah JMB yang telah berjaya ditubuhkan di Selangor?
-
Berapakah pula JMB yang cuba ditubuhkan tetapi tidak berjaya mencapai matlamatnya?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan JMB ini?
38) MASALAH INFRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan Khususnya DUN Sentosa?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Perbandaran mengenakan tindakan terhadap premis perniagaan tanpa tong sampah?
-
Mampukah PBT membekalkan tong sampah kepada premis perniagaan?
38) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah PBT di kawasan DUN Sentosa ditambahbaik mengikut keperluan dan permintaan?
-
Nyatakan berapakah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki atau dinaiktaraf?
-
Apakah kekerapan PBT dalam pemantauan setiap pembaikan dan naiktaraf dan penjagaan taman permainan kanak-kanak daripada vandalisme?
38) SEKOLAH TINGGI PERSENDIRIAN CINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
-
Sekolah Tinggi Persendirian Cina di negeri ini kesuntukan dana. Adakah kerajaan mempertimbangkan saluran kewangan ditingkatkan dari setengah juta ke RM 1 juta untuk 4 sekolah tersebut.
38) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Adakah Peruntukan MARRIS yang tidak habis digunakan pada tahun 2013 dan tahun-tahun sebelumnya dibawa ke hadapan untuk penggunaannya pada tahun 2014 dan seterusnya? Jika tidak, mengapa?
38) MAAHAD TAHFIZ SAINS
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan tiga lagi Maahad Tahfiz Sains melalui belanjawan 2015, sejauh manakah progress pembinaan tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membangunkan keseluruhan tanah MITS Sabak Bernam di Bagan Terap yang masih terbiar?
