38) PENGENDALIAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratus kitar semula untuk sisa pepejal di Negeri Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan pengasingan sisa serta menggalakkan industri kitar semula?
-
Apakah perkembangan enakmen sisa pepejal Negeri Selangor?
38) PROJEK BANDAR SELAMAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos dan lokasi projek Bandar Selamat dari Kementerian Perumahan yang dilaksanakan di Selangor 2008-2013 dan nyatakan mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri untuk pelaksanaan projek ini?
38) MASALAH INFRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kadar wabak denggi di kawasan Daerah Klang dan Khususnya DUN Sentosa?
-
Adakah Pihak Berkuasa Tempatan/ Majlis Perbandaran mengenakan tindakan terhadap premis perniagaan tanpa tong sampah?
-
Mampukah PBT membekalkan tong sampah kepada premis perniagaan?
38) WIFI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan lokasi yang telah dipasangkan WIFI bagi tahun 2008-2013 mengikut pecahan PBT dan apakah kriteria yang digunakan bagi menentukan lokasi pemasangan WIFI.
-
Senaraikan jumlah peruntukan dan syarikat yang terlibat dalam pemasangan WIFI mengikut pecahan PBT bagi tahun 2008-2013.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menaik tarafkan serta menambahkan lokasi pemasangan WIFI dan badan manakah yang bertanggungjawab untuk memantau dan meluluskan pemasangan ini.
38) TAHUN MELAWAT SELANGOR 2015
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pelancong yang melawat Selangor hasil daripada kempen melawat Selangor yang dijalankan dan berapakah pendapatan yang diperolehi daripadanya?
-
Sila senaraikan bilangan pelancong teramai yang datang ke Selangor mengikut negara.
38) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pelaburan masuk luar negara yang diperolehi tahun 2011.
-
Apakah kekangan yang dihadapi oleh pelabur luar Negara?
-
Sila senaraikan lawatan kerja keluar negara dari Januari 2010 hingga Januari 2012: 1. Lawatan yang melibat YAB MB & YB EXCO. 2. Senaraikan terperinci nama & jawatan mereka yang mengiri lawatan YAB MB & YB EXCO serta kos lawatan.
38) PUSAT AKTIVITI BELIA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat aktiviti belia tempatan sebagai pusat riadah anak muda?
38) TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
-
Adakah PBT di kawasan DUN Sentosa ditambahbaik mengikut keperluan dan permintaan?
-
Nyatakan berapakah taman permainan kanak-kanak yang telah diperbaiki atau dinaiktaraf?
-
Apakah kekerapan PBT dalam pemantauan setiap pembaikan dan naiktaraf dan penjagaan taman permainan kanak-kanak daripada vandalisme?
38) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Status dan tanda harga terkini penstrukturan semula industri air secara keseluruhan serta pelan tindakan untuk melaksanakan pemberian saham dalam entiti bergabung kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2013.
38) MAAHAD TAHFIZ SAINS
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah meluluskan pembinaan tiga lagi Maahad Tahfiz Sains melalui belanjawan 2015, sejauh manakah progress pembinaan tersebut?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi membangunkan keseluruhan tanah MITS Sabak Bernam di Bagan Terap yang masih terbiar?
