38) MODEL BARU EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Persekutuan mengumumkan Model Baru Ekonomi (MBE) yang berteraskan kreativiti, inovasi dan nilai tinggi untuk memacu ekonomi Malaysia. Apakah kerajaan negeri bersetuju dengan model ini turut diterapkan dalam pembangunan ekonomi negeri?
-
Apakah strategi kerajaan negeri untuk menyediakan rakyat Selangor dengan model baru ini?
-
Berdasarkan sumber manusia dan sumber alam yang ada di Selangor, bagaimanakah ia dapat dimanfaatkan selaras dengan model ini?
38) PERANAN SSIC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peranan SSIC dan hubungan kerja dengan MIDA dalam usaha untuk menarik pelaburan ke Negeri Selangor.
-
Apakah sektor yang menjadi pilihan dan nyatakan jumlah pekerjaan yang telah diwujudkan mulai Januari 2012 sehingga Jun 2012?
38) MAIS CORPORATION
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan perniagaan yang dijalankan oleh MAIS CORPORATION Sdn Bhd berserta nama-nama Ahli Lembaga Pengarah nya.
-
Berapakah pendapatan tahunan MAIS CORPORATION dan anak-anak syarikat (jika ada) sejak di tubuhkan?
38) CERAMAH UNSUR POLITIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Boleh berikan statistik berapakah bilangan penceramah yang diambil tindakan kerana menyampaikan ceramah atau kuliah mengandungi unsur politik kepartian?
38) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Bertulis
-
Badan Pengurusan Bersama atau ÒJoint Management BodyÓ (JMB) telah dilaksanakan oleh sesetengah pemaju tetapi kurang mendapat sambutan kerana pelbagai masalah sama ada dari penduduk ataupun pemaju. Setakat ini, berapakah jumlah JMB yang telah berjaya ditubuhkan di Selangor?
-
Berapakah pula JMB yang cuba ditubuhkan tetapi tidak berjaya mencapai matlamatnya?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menjayakan JMB ini?
38) PUSAT AKTIVITI BELIA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mewujudkan pusat aktiviti belia tempatan sebagai pusat riadah anak muda?
38) PENSTRUKTURAN SEMULA INDUSTRI AIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Status dan tanda harga terkini penstrukturan semula industri air secara keseluruhan serta pelan tindakan untuk melaksanakan pemberian saham dalam entiti bergabung kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum 2013.
38) FASILITI SUKAN DAN REKREASI KHUSUS UNTUK GOLONGAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat sebarang fasiliti sukan ataupun tempat rekreasis khusus yang disediakan untuk golongan OKU di bawah Kerajaan Negeri Selangor?
-
Sekiranya ya, sila senaraikan
-
Sekiranya tidak, sila nyatakan adakah kerajaan akan mempunyai sebarang perancangan untuk menjalankan inisiatif ini
38) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bagaimanakah sektor pelancongan boleh menambah pendapatan negeri.
-
Nyatakan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.
-
Kerjasama pihak swasta dan kerajaan dalam kempen menarik pelancong ke Selangor, nyatakan jumlah peningkatan atas usaha ini.
38) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI SELANGOR 2009
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status program ini?
-
Di atas perkiraan apakah program ini diumumkan akan menjana pertumbuhan ekonomi bernilai RM50 bilion dalam tempoh 2009Ð2011?
-
Apakah kerajaan mengaku bahawa program ini gagal dan berapakah perbelanjaan yang terlibat?
